Saturday, December 20, 2008

Seminggu makan tanpa had!

Aku berjaya makan seminggu tanpa had.. enjoy giler.. isnin, mee bandung ngan daging, selasa, kueytiow kungfu (sedap giler sangat-sangat), rabu, Nasi lemak, Khamis nasik tomato ngan daging, pastu, butter bread puding, malam tetibe teringin satay, lepas tu, jumaat, Mee Goreng, Mashed Potatoes, Nasi Lemak, Chickadees, Sabtu, yakni hari penghabisan, A&W dengan onion ring nyer, pastu, fish & chip di tempat lain, kemudian pizza sebagai penutup.. fuhhh heaven... tapi, hanya seminggu je.. aku dah setkan "seminggu untuk makan tanpa had".. esok, nampaknya, masa untuk bekerja keras bermula.. apa aku nak buat??? mmmm.. Esok lepas subuh, aku nak jog kat stadium.. dapat 2 round, jadi ler.. (aku tak suka sangat jogging nih, rasa bergegar organ-organ dalaman), lepas tu, tunggu swiming pool bukak, dalam pukul 9 pagi, aku nak swim, dapat 10laps pun jadi la.. lepas tu, balik umah, breakfast & kerja, kerja, kerja ... and I'll be on diet again...

Tuesday, December 16, 2008

"Mental Block"

Kekadang, dalam sebulan, mesti ada satu hari yang kita jadi "beku".. otak jadi "kaku".. nak mulakan apa apa aktiviti pun macam lemau.. atau lebih tepat "hari bodoh".. a.k.a "Mental Block". Hari ni.. memang rasa "kosong".. otak tak boleh berfikir, jari tak boleh bekerja, memori pun macam dah "lost", macam batery hp yang dah nak "kong".. Nak kata tak ada mood, tak jugak, cuma, hari ni "jammed" giler .. Mungkin aku kena makan chocolate kot?? atau lebihkan makan makanan bergula untuk boost hormon gembira dan boost apa-apa yang berkenaan dalam badan aku ni.. mm tensi btol

Wednesday, November 19, 2008

Word on H.E.A.L.T.H

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of TEA you consume.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Thursday, November 6, 2008

Ananas Comosus

Ananas Comosus, atau pineapple dalam bahasa english, atau nenas dalam bahasa melayu.... memang sedap.. kalau suruh pilih antara nenas dengan tebu, 10x aku pilih nenas. aku tak suka tebu.. tak sedap. tak best langsung rasa die.. tapi rasa nenas semua cukup.. ada manis, masam, rasa-rasa unik yang tak ada kat tebu..

"eh, nenas tak elok makan laa..."kata A'in.

Masalahnye, sapa cakap tak elok tu eh A'in? orang yang cakap tak elok tu, tau ke kenapa tak elok? atau dia hanya menyambung pesanan orang dulu-dulu yang selalu pesan pada anak dara dorang yang jangan makan nenas?? Hmm... kalau aku, nak cakap tak elok atau elok, lebih baik siapkan diri dgn informasi.. baru buleh berhujah! wakakaka...

Nenas ni favourite fruit aku sejak azali, nenas ni kalau makan yang masam, dalam kuantiti yang banyak memang la memudaratkan.. sapa suh makan banyak2.. cukup setakat sepotong dua setiap pagi.. atau buat juice nenas.. fuhh sedap tu.. tapi aku tak suka la sangat makan yang dalam can.. sebab kandungan gula dia tinggi... Aku suka nenas, aku start cari kebaikan dan keburukan sang nenas ni, demi masa depan aku.... jadi, aku jupa beberapa fakta mengenai nenas..

1. rendah kalori, rendah lemak & tiada kolestrol
2. kaya calsium, dan bagus untuk menguatkan tulang
3. kandungan enzim bromelain dalam nenas, dapat mengelakkan macam-macam jenis penyakit!
4. banyak potasium & kaya fiber
5. buah tropika yang tinggi kandungan anti oxidant vitamin C! maknanya, dapat sembuhkan luka, bengkak, parut, dan pelbagai kesihatan berkaitan kulit dan menghalang radikal bebas!!
6. kaya vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin), zat besi
7. cuci perut!!


**Buat juice nenas campur asam boi.. hmmmm yummy!!!!!!!

Sunday, November 2, 2008

Dahsyat!! memang Dahsyat..!!!!!

meskipun cerita berawal dari benci di hati*tak lantas ku urungkan maksudku untuk milikimu menyelami hatimu yang sempat terkunci untukku*sampai mati kucinta*dahsyatnya perasaan cintaku ini kepadamu*seringnya kita tak sepaham yang aku semakin mencinta*satu hal lagi yang harus kau ingat dan kau pahami*sampai mati kucinta**sebuah peristiwa cinta terjadi dan harus terjadi*karena ini yang ku impikan sejarah hidup ini*tak bisa tanpa ada engkau*ku harus bersamamu*dahsyatnya keinginanku milikimu*tak bisa terhalangi*sepertinya ini takdirku*kan jadi kekasihmu*sampai mati aku mencinta*ku harus bersamamu***dahsyatnya perasaan cintaku ini kepadamu*seringnya kita tak sepaham yang aku semakin mencinta*satu hal lagi yang harus kau ingat dan kau pahami*sampai mati kucinta**sebuah peristiwa cinta terjadi dan harus terjadi*karena ini yang ku impikan sejarah hidup ini*tak bisa tanpa ada engkau*ku harus bersamamu*dahsyatnya keinginanku milikimu*tak bisa terhalangi*sepertinya ini takdirku*kan jadi kekasihmu*sampai mati aku mencinta*ku harus bersamamu

* lagu di atas hanya sekadar hiburan telinga..

Saturday, October 25, 2008

Ngunyah Ngunyah..

Aku suka ngunyah ngunyah apa apa je jenis benda yang boleh dimakan.. time driving, time busy wat keja, dan time tengok TV... favourite aku roasted almond ala yang Tong Garden tuu... bila selalu makan kekacang nih, risau gak kot nnt aku slow slow gemoks.. tapi.. setelah mentelaah dan meneliti sedikit sebanyak tentang kebaikan almond nih, aku jadik suka dan berazam untuk terus makan almond hari hari... Dari pembacaan, Almond memang banyak tul la kandungan protein dia.. makan almond ni sbenarnya boleh elakkan penyakit diabetes type 1 (yang ada diabetes sejak dilahirkan), kanser kolon, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol dan membantu kawal berat, sebab bila aku makan almond, memang rasa kenyang selalu.. Almond ni ada anti oxidant yg tinggi, kaya dengan vitamin E. Jadik, dari makan junk food yang sangat banyak MSG, baik kunyah almond hehari!

Tuesday, October 14, 2008

ASID!

Bila kita cari, sumpah, tak jumpa
Bila tak di jemput, ada je pulak yang singgah
Bila kita nak, dia pulak tak nak
Bila kita tak nak, dia datang tanpa diundang
Hmmm bosan.. bosan..

Bila kita cari, jumpa yang berasid & bertoksid
Bila kita dah penat cari, mula la malas nak cari
Bila dah malas nak cari, mula la malas nak fikir
Bila malas nak fikir, setiap hari dibiarkan berlalu
Bila hari semakin berlalu, tetiber tersedar diri ni sepi
Hmmmmmmm Bosannnn Bosannnn

Takkan nak biarkan tahun bersilih ganti lagi?..
Jawapannya, dapatkan yang original! hapuskan cetak rompak!

Sunday, October 12, 2008

My Secret Admirer.. la la la la..

Oh, secret admirer~When you're around the autumn feels like summer~How come you're always messing up the weather?~Just like you do to me~My silly admirer~How come you never send me bouquet of flowers?~It's whole lot better than disturbing my slumber~If you keep knocking at my door~Last night in my sleep~I dreamt of you riding on my counting sheep~Oh how you're always bouncing~Oh you look so annoying~Dear handsome admirer~I always think that you're a very nice fellow~But suddenly you make me feel so mellow~Every time you say hello~And every time you look at me~I wish you vanish and disappear into the air~How come you keep on smiling?~Oh! You look so annoying~My secret admirer~I never thought my heart could be so yearning~Please tell me now why you try to ignore me~Cause I do miss you so~cause I do miss you so~My silly admirer~cause I do miss you so~My handsome admirer~cause I do miss you so~Dear secret admirer~cause I do miss you so~Cause I do miss you so~cause I do miss you so

Tuesday, September 23, 2008

Lagu Sedap... Lagu Cinta Dalam hati Ssshhhhh

Mungkin ini memang jalan takdirku*mengagumi tanpa dicintai*tak mengapa bagiku*asal kau pun bahagia dalam hidupmu*dalam hidupmu*telah lama kupendam perasaan itu*menunggu hatimu menyambut diriku*tak mengapa bagiku*mencintaimu pun adalah bahagia untukku* bahagia untukku**kuingin kau tau diriku disini menanti dirimu*meski kutunggu hingga ujung waktuku*dan kuharap rasa ini kan abadi untuk selamanya*dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja*tuk ucapkan slamat tinggal untuk slamanya*dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja**

*lagu di atas, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia!

Monday, September 22, 2008

IM IN A GOOD MOOD!!!!!!

Marvelous!! Superb!! Wonderful....!!!!

Kenapa arini mood aku best giler?? Entah? Nak kata gaji dah masuk, mmm belom g pun.. Aku rasa macam nak pegi berlari-lari sambil nyedut udara subuh!!! tapi takot lak kena kejar ngan anjing.. Hmm agaknya sebab aku amek "caffeine" kot?? sahur td, aku minum Ginseng Coffee... mmm ye lar kot.. tapi apa kena mengena Caffeine dengan Mood???
Caffeine ni ada dalam kopi, tea, air bersoda mcm coke & pepsi... Kenapa bila kita minum kopi terutamanya, mesti ader mcm sesuatu berlaku.. kalau aku laaa, terlebih minum kopi terutama kalau yg strong giler macam kt starbucks tu, aku akan "mabuk" yang pernah sekali tu berlanjutan sampai 2hari.. silap aribulan, leh pening kaw kaw....
Tapi, kalau dos yg betul, macam arini, aku rasa "high" hehehe... maksud nya, caffeine ni boost metabolism kita.. adrenalin pun meningkat kaw kaw, sebab tu mood pun sangat sangat baik.. dan lagi, caffeine, kasik mental alert..!!
Tapi, apa yang kita buat, semua nya mesti bersederhana, sebab kalau amek lebih lebih, nanti akibatnya tak elok... antaranya, sakit kepala berpanjangan, keletihan, kualiti tidur merosot.. bila tidur tak menentu, mula la datang penyakit lain lak... mmmmm

Friday, September 19, 2008

Kawan, Teman, Sahabat, Rakan...

Lama sangat dah tak berjumpa kawan-kawan sekolah.. dari sekolah rendah, pastu form 1 sampai form 3, sama kelas, pastu, form 4 aku tercampak dalam kelas akaun... tapi aku tetap se"geng" kekawan yang dulu gak... walaupun tak sealiran lagik..

Sekarang.. bila jumpa semula.. teringat kisah dulu zaman persekolahannnn.. aku ada gak ponteng kelas, tapi bukan pi lepak kat shopping complex, tapi aku pi lepak dalam library, pi baca "The Archies".. lagik pun aku suka cuci mata librarian sorang tuh.. hehe. Walaupun begituh.. aku berjaya gak laa menghabiskan saat-saat getir zaman sekolah, sampai la ke cucur atap..

Sekarang??? semua kawan2 sekolah dah berubah wajah, bentuk dan diameter.. hehehe.. kenapa eh? entah, dorang pun heran, masa makan pun, kitaorang discuss pasal ni.. bila kaji dan tukar-tukar style hidup.. Ooo rupanya, dorang nih suka benar makan supper.. kalau makan yg ringan2, okay gak.. tapi supper dorang ni, macam lunch.. pastu tak pernah exercise langsung.. malas katanya.. lagik? dorang tak leh hidup tanpa "ice" segalanya mesti berais, milo ais la, teh ais la, smoothies laa.. mmm tuh semua menyumbang ke arah "bunga bunga berkembang" dan ais "mempercepatkan" proses penuaan!!! antara lain rahsia awet muda, elakkan minuman berais.. mm arini aku belajar sesuatu yang memberi makna untuk aku dan orang lain yang terbaca akan entry aku ni.. Untuk kekawan aku yang masing-masing dah ada life sendiri.. semoga u all, lebih bahagia dan berjaya!!!!!

p/s: Thanks to kekawan ku yang dikasihi semua.. kalian buat aku gumbira dan terus gumbira..

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan 2008..

Dah 17 hari berpuasa.. so far, hari hari berbuka aku kat umah je.. kecuali bile keja dan balik lambat.. Bazaar ramadhan pun sekali pun tak pi tahun ni.. entah, knape tah.. tak ada rasa.. bukan malas, tapi tak rasa nak pi.. tak pulak rasa ngidam apa apa.. tapi kekadang bila datang bowink.. ada la terasa macam nak singgah... tapi tu laaa... semalam pun sama, hari ni pun sama.. cuma esok je belum tahu mmmm sepi benar bunyi nyer.. bowinkkk bowinkkkk...
Tajuk entry ni sepatutnya "ramadhan yang sepi"..

Tuesday, September 16, 2008

Roaccutan??

Consultant mat saleh tu yang recommend aku roaccutan nih.. sebab alergik aku ni laa.. Dia pun amek benda ni gak.. sebab nak avoid acne/pimples dan benda yang sewaktu dengannya.. memang hasilnya sangat bagus okay.. kulit tak ada langsung pimples.. flawless.. tapi?? side effects?? mmm aku memang suka buat kajian sket.. jadik, before aku makan ubat tu, aku banyak baca & research sket pasal roaccutan ni.. hasilnya?? Mmmm membuatkan aku berfikir 2x samada nak teruskan niat aku atau, berpantang jer dan lupakan pasal ubat-ubatan tuu...
Roaccutan sebenarnya pil untuk cantikkan kulit.. payah nak dapat sebenarnya dan agak mahal.. kalau dah mula amek ubat ni, maka, kena consume banyak air.. tak leh makan junk food, tak leh makan makanan bergoreng, kena makan banyak buah, sayur dan lagi dan lagi dan lagi... ishkk banyak nyer kena jaga... silap aribulan, kalau tak jaga, roaccutan ni boleh menyebabkan depression, gangguan otak, psychosis, dan ada yang dah terlalu teruk sampai ada kes bunuh diri okay!! (alamakk... ishhkk nauzubillah), kalau terambil time pregnant, boleh keguguran..
Banyak lagi la sebenarnya selain dari sakit belakang, sendi lengoh... ada yang suffer 6 bulan.. bibir pecah sebab ubat ni panas katanya... mmm nnt nak buang alergik, pimple, acne.. dapat sakit lain lak.... jadik?? kesimpulannya?? lupakan je lah jr........

P.U.A.S.A

Asyik makan je.. hari hari makan.. aku yang kurang makan ni pun mesti makan.. walaupun hanya kudap kudapan.. kesian perut.. asyik kerja kerja kerja!
Bulan ni, kira time dia rest la.. ye la, mesin kat kilang pun kena rest gak, kalau tak, abis rosak! sama cam enjin keta gak, mesti kena servis..

Bulan Ramadhan kali ni, tak macam dulu g dah.. maksudnye kalau dulu, semua yang nampak, semuanya aku nak..!! tapi aku suka makan nasik kerabu, kekadang nasik beriyani ke, nasik dagang ke, mesti ada murtabak, pastu ishkk kira banyak makanan wajib yang mesti ada kalau time berbuka.. kali ni lain dah.. cukup dengan 3 bijik buah kurma, pastu aku minum air panas.. pastu aku makan kuih sikit.. belum sempat jamah nasik, aku dah rasa kenyang yang amat amat sangat.. okay jugaklaa.. tak yah membazir sana sini.. tak yah la aku ikut selera nak berbuka kat hotel tu kat hotel ni... membazir je.. buka kat umah gak heaven!

Sahur lak?? sahur.. aku suka minum ribena.. pastu makan roti ngan sup cendawan.. ala-ala menu hotel la konon.. tapi home made laa...
Apa-apa pun, bab makan ni, memang la aku suka.. tapi demi "masa depan" kena laa beringat sebelum kena.. Jadik, puasa ni.. sambil menjalani ibadah wajib, dapat gak aku mengurangkan segala yang dah terlebih!

Wednesday, August 20, 2008

MSG

MSG?? Monosodium Glutamate!! Makcik sbelah umah, makcik depan umah, makcik blakang umah pun kalau masak mesti letak MSG.. nak sedap katanya... ala.. iyer ke sedap makanan tuu dengan MSG?? mungkin jugak la.. tapi MSG boleh buat kita addicted kat food tu!!!! rasa sedap & rasa macam nak makan lagiiiii jer.. sama jugak macam tomato paste yang kita guna dalam kuah pasta!! mmm patot laaa.. Tapi MSG ni lebih banyak keburukannya dari kebaikan.. antaranyerrr..
a. penyakit otak!! - kanser dan lain-lain penyakit
b. stroke
c. tekanan darah tinggi
d. obesiti
e. asma
f. alergik
tapi sebenarnya banyak lagi penyakit yang disebabkan MSG a.k.a ajinomoto ni. Awas jugak laa sebab banyak jugak product yang guna nama lain untuk mengaburi mata kita.. biasanya dorang akan letak nama hydrolyzed plant protein, yeast extract, sodium caseinate, malt extract, bouillon broth and protein concentrate.. Apa apa pun, MSG xelok untuk badan kita.. aku kalau masak, aku elakkan guna MSG, tapi aku alter laa letak gula merah...

Wednesday, August 6, 2008

Petikan Berita Ringkas

5 Ogos, Kuala Lumpur - Seorang wanita nyaris semput apabila mendapat kiriman sms dari seorang sahabatnya yang cuba mengaturkan penjodohannya dengan seorang lagi sahabat kepada sahabatnya itu dengan alasan, inginkan wanita itu mendapat seorang teman yang baik??? dan dijaga dengan baik??
berita disambung seketika nanti......

Friday, August 1, 2008

Demi gaya...

Orang kata, banyak berjalan luas pengalaman.. tapi kes aku, banyak berjalan, kaki ku kaku.. kaki ku lengoh, kaki ku sakit.. kalau dihitung, andaian aku, hari ni aku berjalan adalaa sejauh 1 km.. kotttt??? walaupun bunyi macam tak jauh, tapi kalau berjalan itu menggunakan kasut yang bertumit kira-kira 3' atau 4', maka perjalanan yang walau sekangkang kera pun akan menjadi jauh beribu batu.. tu lah padahnya bila nak bergaya semata!
Betul laa kata doktor Anand, kasut tumit tinggi ni memang tidak baik untuk kesihatan pinggang, akibat dari situasi di atas, pinggang aku lengoh.. satu situasi yang amat jarang aku lalui. kata doktor Anand ku lagi, kasut bertumit tinggi ni, akan bagi kesan kat lutut kita, buku lali kita, dan jugak tumit kita serta merta.. seriousssss sebab aku sedang mengalaminya.. tapi untuk jangka masa yang panjang, kasut bertumit, tak kira la wedges ke, heels halus tu ke.. kesan buruk yg kita akan alami adalah osteoarthritis kat lutut, jari kaki jadi tak cantik, keras dan bengkok2 a.k.a hammertoe, tulang dan joint kat ibu jari kaki jadik kembang dan buruk atau kita panggil bunion, corn dan calluses pun terjadi dari kasut tinggi gak.. Tapi tak elok jugak kalau kasut tu terlalu flat, seelok2nya, biar bertumit lebih kurang 1 inci.. atau stengah inci..
Nampak gaya, hasrat aku untuk tampil tinggi seharian tak mungkin dapat aku teruskan & semua high heels akan aku simpan untuk acara tertentu aje......

Wednesday, July 30, 2008

Sekali Sekala...

Di bawah limpahan cahaya yang suram.. dengan aroma yg begitu mengkhayalkan.. nyaman.. tenang, alunan muzik yang diselang seli dengan bunyi deruan ombak, siulan burung dan gak bunyi cengkerik.. mmmm best sesangat! sambil aku meniarap.. antara sedar dengan tidak, seluruh badan dah di saluti aromatheraphy oil, lalu aktiviti pun dimulakan... tolak atas, tolak bawah, tolak atas, tolak bawah, tekan, lepas, tekan, lepas.. lalu aku pun hanyutttttt..

"Neng, kalau sakit, kok bilang aja ya?" Kata si tukang urut

"Okay Okay.." Balas yang di urut

Bali massage atau Thai massage, dua-dua aku suka.. best gilak! sik boleh madah gik! Dalam pada best, mengurut nih, melancarkan perjalanan darah, kurangkan stress, meningkatkan oxygen flow, membantu dalam pengurangan berat, melembabkan kulit kalau dia guna minyak yang bersesuaian laa, dan yang paling penting, membuatkan diri sendiri rasa best, nyaman, tenang, aman dan damai........

Monday, July 28, 2008

Isshhkk.. susahnyerr lahaiii...

Dalam banyak-banyak bahagian badan... perut paling payah nak jaga.. dah la payah nak kontrol lapar.. payah pulak nak tone kan dia.. hari-hari sit up, wat crunches.. pun tak ada ketul-ketul.. mmm camner nak kasik keras perut nih.. kawan aku kata pompuan biarlaa ada perut sikit.. tapi, wat per?? tak nak laahhh.. aku suka flat.. macam perut kawan aku tuu.. flat je.. cantik.. slim melim.. perut aku? tak la buncit, tak la boroi, cuma tak keras, tak ada ketul-ketul..

Orang kata, tak nak kasi perut buncit, jangan minum air lepas makan, at least 30minit lepas tu, baru minum, jangan minum ice, kurangkan gula & garam, dan paling penting, minum air kosong at least 2 liter. Kalau aku, bila rasa ter"buncit" cepat-cepat minum limau nipis panas tanpa gula, pastu buat sit up & swimming tapi hasilnya bukan sehari dua leh nampak, kena la buat hari-hari..... kenapa aku nak keraskan perut? bukan untuk tontonan, bukan untuk tatapan cuma untuk kepuasan diri sendiri..

Skip BreakFAST??!!!

It is not a good idea to skip breakfast laa... Skip lunch ke dinner ke, sukahati laa.. tapi BREAKFAST?? Jangannnn.... Kan dah lebih kurang 8 jam perut kosong?? Kalau skip breakfast.. metabolism pun slow, otak pun slow, concentration pun slow la.. cuba bayangkan... katakan aku tidur 8 jam, memang dah tentu aku tak makan dalam tidur, jadi perut aku kosong 8 jam... bangun tidur kul 6:30am, pastu aku skip breakfast, lalu aku makan lunch kul 1:00pm.. bermakna, 15jam perut aku kosong?????????????
Skip breakfast ni memang common strategy for losing weight.. but?? not a smart one laa.. padahal eating breakfast la is good for weight loss..

Nak cakap pasal healthy breakfast, mengikut bacaan, should contain some fiber & protein macam low fat meat ke, egg ke, beans atau soya ke.. kalau fiber pulak, whole grains, sayur ngan buah.. Tapi, aku rasa menu breakfast yang paling baik adalah low fat milk makan ngan whole grains cereal pastu orange juice.. Aku elakkan makan sugary cereal, pastry pastu white bread pun tak elok makan selalu jugak sebab dia digested cepat, nanti belum sampai masa lunch dah lapar semula... Jadi, aku yang memang diet protein ni, penuhkan perut dengan fiber & protein.. until lunch pun perut terasa penuh lagi dan tak lapar.. selalu, tea time baru aku makan semula...

Kekadang, if tak sempat nak amek breakfast, i'll snack on handful of healthy nuts like pecan, walnut, almond atau whole grain cereal...
Well, tomorrow morning, remember that eating healthy breakfast is the best way to start off your day honey!!

Sunday, July 27, 2008

Coffeemanics??

"Coffee or tea miss?"

"Mmm tea please.. ehh mmm Coffee la.. ehh mmm it's okay laa.. no thanks.."

Bukan tak nak, Bukan tak sudi, Bukan ngada.. Tapi aku takut pening, takut mabuk kopi, takut mandomm.... Tapi kawan aku kata, kopi ni, boost energy.. speed metabolism.. lepas tu, caffeine ni merupakan kandungan yang paling tinggi dalam mana-mana pill diet.. kawan aku kata lagi, kopi ni mental alert yg paling efektif.. pastu caffeine ni memang recommended to counter sleepiness, caffeine baik untuk kulit dan banyak lagi la... Tapi, AWAS, kawan aku kata, Caffeine ni dehydrating! Lepas amik kopi atau tea, kena banyak minum air kosong! Aku alergik.. boleh ke? kalau migrain camner? Hmmmm okay je laaa kot..

"1 Brazil Ipanema Bourbon please.."

Saturday, July 26, 2008

The grass is greener on the other side..

"Am I doomed to being single?" ~ Wala, 32yrs, from Hayam Wuruk


"I always want what I don't have and what I won't have" ~ Dona, 28yrs, from Gilimanuk

"I am tired of being single!" ~ Dori, 30yrs, from Kebon Sireh


"I think, I can't handle being single anymore because of the boredom and loneliness" ~ Qoici, 26yrs, from Periuk Harbour


"I am afraid of being single forever" ~ Piwit, 29yrs, from Pondok Indah


"I am deeply in love with him but I don't know if he feels the same way. I guess, he doesn't know it.. :-(" ~ Yariba, 31yrs, from Ciroyom


"Rejection is painful but breakups are evenmore painful ~ Cuticura, 27yrs, from Pamaengpeuk


"Am I just happy of being single?" ~ Sukarani, 29yrs, from Rangasdengklok


"I like him a lot, I'm in love with him and I always thinking about him but I'm just too shy" ~ Mika, 28yrs, from Cabangbungin


"I'm in love with someone and I don't know whether I should tell him or not, it hurt me now.." ~ Cottilard, 31yrs, from Keraton Cirebon


"Should I tell him that I have a crush on him?" ~ Reko, 30yrs, from Tangkuban Perahu


"I am waiting to hear him tell me that he likes me, loves me.. but I don't think it's going to happen" ~ Tin Tin, 29yrs, from Mt Cikurai


"I stuck in the future of uncertainty" ~ Yehaa, 26yrs, from Telagabodas


"I like him, butterflies in my stomach are fluttering like mad whenever I see him, whenever he around, whenever I hear his voice.. whether it be giddy, nervous or whatever.. It's this weird feeling inside" ~ Sifuyoh, 31yrs, from Nusa Penida


"I like him a lot!!!! A whole lot..!! ~ Sutinah, 30yrs, from Tanahlot


"Life without love is like a tree without blossom & fruit" ~ Nano, 27yrs, from Kintamani


"Love is like a war, easy to begin but hard to end" ~ Copot, 30yrs, from Celukanbawang


"I really like this guy.. but does he like me too?" ~ Bebe, 31yrs, from Pengambengan


"If he likes me, why isn't he asking me out or send me a message or say something?" ~ Dida, 32yrs, from Klungkung


"Should I wait to see if he says anything first?" ~ Wooho, 26yrs, from Kuta


"I was waiting for so longggggg" ~ Pundit, 28yrs, from Cihampelas


"Should I wait for him or should I move on??" ~ Manok, 29yrs, from Rancaencek


"How long should I wait for him?" ~ Oopa Loompa, 32yrs, Den Pasar

Tuesday, July 22, 2008

Sakit Otak!

Ni bukan Sakit Otak a.k.a kurang siuman... tapi ni sakit otak yang sakit.. sakit otak yang kena tidur dalam gelap.. sakit otak yang tak boleh dengar bunyi bising.. Sakit otak yang menyerang sekali-sekala dan jarang-jarang ni, memang menggerunkan, sebab, time sakit ni, aku tak leh tido, tak leh nyenyak, nak dipicit pun tak tahu tang mana punca nak dipicit.. melainkan, telan 2 biji active fast, cover mata, tido.


MIGRAIN!!!!!!!



Tu la bahana paling menakutkan.. bila dia datang menyerang, tak tahu nak explain macam mana.. kalau ikut hati, nak dikupas tempurung kepala dan letak ice.. ishhkk kenapa la Migrain menyerang? Jawapan untuk diri aku?? sebab "masa aku dah time" dan jugak, aku berhujan gara-gara memetik buah dalam hujan.. tapi.. kenapa la MIGRAIN?????



Jom la blajar-blajar pasal salasilah migrain ni... Migrain ni dalam artikel katanya dikenali sebagai hemikrania, iaitu perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak... atau pun dikenali sebagai vascular headache... alamak aper tuh?? Migrain ni lagi katanya adalah Sakit kepala yang macam berulang, berdenyut-denyut selalunya jadi kat sebelah kepala jer... mmm betul betul tuu kalau aku, biasanya belah kiri.. Ada juga yang bermula kat sebelah kepala, lepas tuh baru pelan-pelan dia melarat ke dua-dua belah kepala. Ada kes yang lagi teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Kenapa laaa terjadinya MIGRAIN???

Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa dan mengapa?? masih belum dikenalpasti. Tapi, menurut kajian pakar-pakar yang bertauliah la kann, ada beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku:
  1. Keturunan - Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

  2. Pemakanan - Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto, eii aku kalau masak, memang NO MSG PLEASE.. rosak rambut, rosak hati, rosak lidah, habisssss semua), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

  3. Hormon - Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun seperti; Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung; Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid... (OOooo sangat aku la niiiiiiiiiii); Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain ; Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

  4. Cara hidup - Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

  5. Pengambilan ubat. - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.

  6. Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

  7. Perubahan cuaca. (kalau aku terkena hujan, maka, nantikan aja migrain datang singgah pada malam harinya.... scaryyyyyy)

  8. Cuaca terang matahari atau lampu... (Berjemur tengah panas pun menyumbang jugak..)

  9. Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

  10. Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (Ni macam kawan aku a.k.a adik aku sorang tu.. asyik pening kpala 24jam, dah tu rabun pulak, tapi tak nak pakai glasses konon tak hensem.. apa taknya, 25jam ngadap PC PC PC..)

  11. Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (Kalau experience diri sendiri, kalau menangis, confirm aku akan migrain!!)

  12. Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

  13. Merokok. (Tak la pernah aku merokok, tapi selalu hirup asap rokok....)
Macam mana pulak cara-cara nak merawat MIGRAIN ni pulak?????


Kalau Rawatan tanpa ubat-ubatan..
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (Oooo baru aku tahu.. so lepas ni.. less and less sodium chloride ya).

  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

  3. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

  4. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

  5. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain... (Kawan aku pernah tido dalam almari okay...)

  6. Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

  7. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua dulu-dulu kata, kalau kita nak mandi, basahkan bahagian bawah dulu yakni kita mulakan dari kaki, lepas tu naik sikit ke badan pulak dan lepas tu terus ke kepala time kita mandi mungkin juga berkesan.... cuba je laa kan..tak rugi pun ikut petua ni..
Rawatan menggunakan ubat-ubatan


  1. ubat pemberhenti migrain - Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain. 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin. Isometheptene.
    Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

  2. ubat melegakan migrain - Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.
Selagi boleh elak, aku elakkan dari makan ubat-ubat ni.. melainkan kritikal... Nasib jugak aku jarang kena MIGRAIN, kecuali kalau dah sampai masa setiap bulan dia nak kena, maka tak dapat di elakkan juga.. Tapi Alhamdulillah, MIGRAIN yang datang, tak pernah sampai ke tahap kronik, macam setengah kawan-kawan yang lain.... Hmm dah nama pun manusia, maka, aku anggap semua penyakit yang datang tu, ujian dan dugaan dariNya......

Sunday, July 20, 2008

Pine Bark Extract?

Pine Bark?? Kulit pokok pine??? Memang pun... Tapi, kenapa nak kena makan kulit kayu pulak?

Okay laa.. Ekstrak kulit pokok pine ni kalau nak tahu la kan, merupakan anti oxidant yang paling mujarab dan sangat popular kat US! Pine Bark Extract ni jugak merangsang kesan Vitamin C dan E ke atas kulit.

Pine bark extract ni merupakan supplement terbaru dan paling efektif untuk anti-oxidant, dan lagi katanya, telah terbukti sangat berkesan untuk proses penyembuhan dan tujuan pencegahan.. Tak perlu lah makan kulit kayu yang berkeping-keping tuu.. sebab, yang aku makan ni dalam bentuk pill pun... gila nak makan kulit kayu gitu gitu ajer??

Kalau korang rajin nak baca background Pine Bark Extract ni.. lusuri laa http://www.answers.com/topic/pine-bark-extract
Kalau kat pasaran Malaya, aku tak sure apa brand yang ada, tapi aku beli kat GNC, brand MASQUELIER's - LAC

Selalunya, orang mengamalkan Pine Bark Extract ni sebab nak kurangkan risiko penyakit jantung, strokes, kolestrol dan jugak masalah peredaran darah. Selain tu, Pine Bark ni digunakan juga untuk merawat masalah urat bengkak dan masalah pembuluh darah.. pastu, kajian dorang kat sana tu laa kata, Pine Bark ni juga digunakan untuk merawat penyakit sendi, symptoms of PMS (baguss sangat laa untuk orang pompuan) dan juga menopause (untuk mak mak kita). Pine Bark juga menyihatkan mata! (Mana tau kot aku dah tak yah pakai glasses bila driving g ke kan)

Ni Part favourite.. Pine bark extract is highly recommended to improve the health and smoothness of the skin.. Ye ler aku ni kan ke alergik, jadi aku sangat memerlukan supplement yang macam ni, tapi bukan la untuk masalah kulit yg macam aku ni je, pine bark ni juga merawat kulit rosak akibat overexposure matahari...
renung-renungkan.....

Saturday, July 19, 2008

Doktor Anand kata.....

Doktor Anand kata, Semua perempuan mesti pernah alami PMS. Aku pun rasa jugak sebab kawan kawan aku pun sama.... Kawan baik aku pun sama gak. Sapa Sapa Pun. Boss Aku pun kadang kadang PMS tak tentu pasal. Tapi, kadang-kadang, PMS dah jadi "bahan" pada orang yang mood swing. Macam kawan aku jugak. Dia baik. Tapi Mood Swing. Tapi tak PMS. Tapi orang kata dia PMS. Tapi dia pun kata dia memang kadang-kadang ada moody. Okay. Tak per. Yang penting, dia kawan aku.

Bila PMS berlaku? Ujian pada diri aku sendiri. Kalau aku. PMS berlaku seminggu atau 2 minggu sebelum masa dah time! Tapi, PMS hilang bila time dah masa! Kenapa PMS eh? entah. Dalam buku, dalam artikel, doktor kata hormon. Mungkin jugak. Tapi PMS aku. Sangat tak ketara. Aku bukan moody. Aku bukan mood swing. Jarang. Tak pernah. Kekadang ada la.

Doktor Anand kata. orang perempuan yang ada simptom PMS yang teruk, sebab, badan dia tak terima khasiat makanan yang baik, yakni, diet tak seimbang. Aku tak diet. Aku makan makanan seimbang. Aku diet Protein. Aku tak amik Carbs je. bukan tak amik langsung. cuma minimized kan je. Doktor Anand kata lagi, kalau aku alami PMS yang kronik, kena minum susu banyak-banyak. Doktor Anand kata, nak elak PMS, kena amalkan Vitamin E, B6, Multivitamins, Magnesium dan yang paling penting Evening Primrose Oil... "Very Very Good" kata Doktor Anand lagi..

Kesan lain, lepas experiment, simptom PMS..

1. Jerawat!!!!!
2. Swollen Breast
3. Sudah nak tidur
4. sakit perut
5. kalau tak Sembelit, dia Cirit birit
6. kekadang tak ada selera makan
7. kekadang selera makan melampau (aritu aku jadik kronik berselera!!!)
8. Letih
9. Sakit sendi atau kekadang sakit otot (aku tak pernah kena...)

Post Period pun ada PMS? Memang ada... kalau ikut logik, mesti laa sebab darah badan kita berlaku pertukaran... heh heh ye ker? aku rasa laa... lepas tu, badan rasa panas... selalunya, aku minum susu banyak banyak.. dan swimming... lepas tu, aku rasa sihat, best, nyaman dan aman....

Thursday, July 17, 2008

Cherry vs Strawberry

Arini.. berjalan membeli buah-buahan kat mont kiara flea market... mmm buah kiwi? 7 biji rm10.. entah murah ke mahal aku pun tak tahu sbb slalu bonda ngan ayahanda yang shopping.. aku tau makan je... mmm buah epal fuji.. dap gak tapi.. manis laa..... tetiber.. ehh sebungkus rm20.. merah menyala warna nya... kaler favourite aku pulak... berkilat pulak tu... cherry!!!... hmm beli je lahh... "very sweet maa amoi" katanya si penjual buah tu dalam bahasa omputih pada aku...... tak per kata aku.. masam pun i loiikkeee.... Verryyyy Cherryyy...

Kenapa aku suka makan Cherry?? bukan cherry yang dah proses.. tak sedap... yuckss!! rasa ubat batuk!!.. Mesti yang fresh....

1. Cherry nih antara buah yang menurunkan berat badan.. sebab kandungan air dia tinggi!
2. Cherry antara buah yang dijadikan rawatan untuk melawan kanser!
3. Cherry ni anti oxidant yang baik, pastu dia "mop up" radikal bebas! (Radikal bebas ni, merupakan molekul yang tak stabil, yang akan merosakkan sel2 sihat... dan jugak.... akan mempercepatkan proses penuaan!!!!! Isshhkkkk)
4. Cherry ni, mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Bioflavonoid, Elagic Acid, anthocyanins, melatonin
5. Cherry mengelakkan penyakit jantung
6. Cherry mengurangkan simptom berkaitan Fibromyalgia Syndrome
7. Cherry mempertingkatkan fingsi physiological dan mental
8. Cherry nih, tinggi potassium, rendah sodium
9. Cherry nih, rendah kalori, rendah lemak, tinggi kandungan air!

Okay... Aku Jalan lagi.. jalan lagi... jalan lagi.... mmmm earingss 2 ringgit... mmm banyak dah kat umah tapi jarang pakai pun.. sebab aku tak suka pakai sangat.. rimas... kekadang kalau datang mood ngada-ngada.. okay lah jugak.. mmm gerai buah lagi..... haa strawberry! besar-besar... rm12.. okay nih kot... mm sedap laa kan.. nak tukar selera sikit... semalam, semalam punya semalam, kelmarin, kelmarin dulu.. aku makan durian, manggis, durian, manggis............ arini, esok dan lusa, aku makan cherry & strawberry pulak......



Strawberry sedap... dan banyak sebab kenapa aku makan strawberry walaupun masam dan kekadang sangat masam.....Strawberry mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi, agen anti-axidant yang sangat baik! Strawberry jugak, melawan radikal bebas, yakni, melindungi sel-sel sihat dalam badan kita laa.. Hah.. jangan tak tahu okay, Strawberry nih mengandungi Vitamin K (untuk pekatkan darah kita, dan untuk kesihatan tulang) dan manganese, folic acid, riboflavin, Vitamin B5, B6, copper, magnesium dan jugak omega 3 fatty acid! Tapi tu laa.. Strawberry nih, tak tahan lama, dan dia cepat buruk, busuk dan lembik.... sentiasa kena sejukkkkk je..!

Wednesday, July 16, 2008

kisah vitamin harian ku..

Ingat lagi dulu, aku sekolah pagi, sebelum g skolah. kena paksa breakfast. kalau tak, brain tak function. tu bapak aku kata. mak aku pun kata.
Telur sparuh masak 2 biji, roti bakar dengan milo panas or susu.. lepas tu, kena makan vitamin. Bosan nyer nak makan vitamin.. tak suka sangat.. banyak pulak tu.. vitamin A, B Complex, C, vitamin E, pastu calcium magnesium, garlic.. Tapi kena makan jugak. Nasib tak pahit. Aku okay je.
Bila umur 15thn. tambah pulak satu lagi... iaitu Evening Primrose Oil.. kekadang.. aku tak makan tapi aku letak semula dalam botol... sebab? besar sangat. susah nak telan. tapi mmmm tapi tu semua dah berlalu. sekarang ni, semua dah berubah, jadi lain.... supplement tu, penting...!! memang penting..!! Bila dah kat U, aku mula kisah. Sebabnya? banyak orang cantik di keliling aku. tengok kanan, perempuan cantik, tengok kiri perempuan cantik, tengok depan, aku nampak aku.. Macam berisi. Macam entah. Macam budak laki. Macam comot. Tapi comel sikit. Lepas tu, aku rasa, yang aku ni, macam tak cukup vitamin agaknya. Tapi, apa kena mengena? Tapi, tu la mulanya aku start jadik ala ala health conscious sangat. Dari weight dan ke health..
Sekarang ni, aku makan semua vitamin-vitamin yang penting.. yang aku rasa penting. yang penting untuk aku, sebab; Aku tak nak tua sebelum waktu!!!! nak muda muda muda dan muda... Aku nak rasa sihat dan memang pun susah nak kena penyakit.. Alhamdulillah... (termasuk sakit hati....), Metabolism terasa tinggi.. jarang penat, letih.. Walaupun aku ada alergik, tapi Alhamdulillah.... aku belum lagi, kalau boleh aku tak nak laa di datangi penyakit2 lain...
Banyak lagi laaa kebaikan-kebaikan yang susah dan payah nak dinyatakan disini.. Tapi, evening Primrose Oil (EPO) merupakan antara vitamin yang paling bagus untuk orang perempuan.. sebab kandungan Gamma Linolenic Acid (GLA) yang ada dalam EPO tuh.. korang pegi la mana doktor pun, mesti sarankan amik EPO.. Meh aku senaraikan antara kebaikan EPO, yang aku amik dari artikel2 dalam internet ni...


1. Premenstrual Syndrome (PMS) - kandungan dalam EPO mampu hilangkan bengkak pada bahagian abdomen dan rasa tak selesa pada breast.. serious okay..!! lepas tu, EPO jugak kurangkan rasa tak best waktu period dan tekanan, moody ke mood swing semua lah.. kira kesimpulannya, control hormon kita..

2. Untuk masalah kulit, eczema dll -Amalan EPO dan Fish Oils but kena ikut arahan doktor untuk rawatan eczema psoriasis (sejenis sakit kulit, mmm cam ner nak explain eh.. dia tompok2.. merah2.. mm bukan kurap..)..

3. Cholesterol dan juga Blood Pressure – EPO membantu mengurangkan kandungan kolestrol dan tekanan darah kita tapi bukan sekadar amik sehari dua je... kena amalkan hari2, minggu2, bulan2, tahun2..

4. Rheumatoid Arthritis – sufferers have discontinued use of non-steroidal anti-inflammatory drugs after supplementation, but it is more effective when taken in conjunction with fish oils.
5. Alcoholism – may make withdrawal easier, and reduce post-drinking depression.
6. Immune System – low levels of essential fatty acids may stop the action of interferon, and body’s natural virus killer.
7.Other conditions – Obesity, Benign Breast Disease, Childhood Hyperactivity and Schizophrenia have all been shown to be helped by EPO supplementation.


Pill dia?? memang la besar sikit dari pill2 yang lain... lagi soft gel... senang nak telan.. Macam kat pics sebelah ni... jangan gigit!!! rasa dia.. yuckkkkk tak sedap.. tak best!!! Tapi.....................
Nak sihat.. kena laa berkorban skit.. Kalau sedap, bukan ubat la namanya. Kalau nak sedap memanjang, kesannya tak nampak sekarang, tunggu lagi 4, 5, 10 tahun? semua kendur, belum sampai waktu, dah lesu. Belum sampai masa dah sana sini bisa bisa. Aku tak nak tu. Selagi larat, selagi tak sakit, jaga apa yang patut. Itu orang tua tua kata. Aku ikut je....

Tuesday, July 15, 2008

Cinta Pandang Pertama!!!

Dari Robinson ke Pavilion.. Dari Pavilion ke StarHill.. mmm belum ketemui.. lalu meredah traffic ke OneUtama.. masih tak ketemui... sempat lagi nih.. tekad dan nekad aku merentas benua ke KLCC pulak.. Hmmm Habis semua shopping mall aku jelajah bak le tour de shopping mall.... Rasanya 2 bulan lebih dah aku ngomel nak beli bag..nak beli bag.. tapi tak beli-beli lagik.. sampai kekawan aku sebatalion umpama hantar rombongan meminang teman aku mencari bag.. tapi?? gagal jugakk.. dari satu butik ke satu butik.. semuanya tak impress aku.. ishhkk aku idak ler cerewet tapi.... aku suka pada "cinta pandang pertama" maka dari mata turun ke hati.... haa bila situasi itu berlaku, barulah proses jual beli berlaku... tapi?? bag yang aku nak??? tak dapat dapat lagi.....

Tapi arini... memang aku jatuh cinta pandang pertama! Merah memang favourite kaler selain hitam dan putih... "gorgeous, handsome, cute" betul!! Merah, quite bulky la jugak but niceeeeee.... lalu, aku pun decide nak beli but not today laaa.. nak window2 lagi kot-kot jodoh kat tempat lain ke kan... dan aku pun melangkah keluar dari butik ituuu.... tapi.. ye laa macam orang jatuh cinta pandang pertama.... sekali aku langkah, sekali "kehandsome-an" bag tu datang kat mata, sekali aku melangkah... aku teringat kat dia.... lepas tu aku bermonolog.. "rugi kalau terlepas kat tangan pompuan lain.. nyesal aku kalau aku lepaskan".. Ishhhkkkk tak leh jadi nihh... apa lagi, nekad kan hati, kuatkan iman, aturkan langkah dengan penuh confident bak miss world nak g amek crown.. aku pun masuk balik butik tuuu... maka hari ini dengan rasminya, aku sudah ada buah hati baru, cinta pandang pertama aku.. berwarna merah...
Love You my honey bunny kaler Merah!!!!

Monday, July 14, 2008

Semangat Untuk Merembeskan Peluh!!

Sejak dah ada futsal court, netball court, volleyball court smua... bersmangat betul kawan aku yang suka makan nasi berlaukkan kari ni nak merembeskan peluh... aku memang suka betoi xtvt2 rembesan peluh ni.. jadik, kononnya, bermula esok, aku dan kekawan akan bawa baju sukan setiap hari ke opis.. abih je keja.. apa lagik... sukan time lah... heh heh jangan hangat hangat taikk ayam candu dah laaa......

biasa laa... aku kalau menulis, tanpa menyertakan fakta-fakta dan informasi yang berguna untuk menaikkan semangat kurus dan semangat hidup yang sihat, maka bukan aku lah nama nyer... heh heh heh....

bercakap mengenai rembesan peluh ni, atau senaman ni... aku nak citer pasal senaman kardiovaskular dulu.. Senaman kardiovaskular ni termasuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, berskipping.. dalam seminggu, kita kena buat latihan kardio ni sekurang-kurangnya 2-3 kali, dan setiap latihan lebih kurang 20-45min.. (tapi berenang, ikut laps..) Masa maximum 45min sebab.. ATP (Adenosine Tri Phosphate) dalam badan kita akan meningkat dan ia menyebabkan badan kita mula berasa letih pada minit ke 45... Jadik, lepas 45min, ia tidak lagi membakar lemak tetapi ia akan meningkatkan ketahanan sistem kardiovaskular kita je laa.... Jadi, mengikut perkiraan dan percaturan aku, cukuplah 20-45min sahaja masa senaman yang diperlukan untuk menguruskan badan...apa fungsinya pada badan kita? okay, latihan kardio ni, adalah untuk melatih otot-otot jantung dan paru-paru selain membakar lemak dalam tubuh kita..

Lagi 1, peluh ni, memang baik untuk kesihatan kita.. sebab,

  1. waktu badan kita mengeluarkan peluh, jantung kita lak tengah bekerja kuat untuk melancarkan perjalanan darah, maka jawapannya disini, peluh akan meningkatkan sistem kardiovaskular kita

  2. Imun sistem kita pun bertambah kuat..

  3. Peluh ni pun tolong buang toksid dalam badan

  4. Peluh ni membersihkan kulit jugakkkk...

  5. Peluh pun mengurangkan berat badan.. mengurangkan kolestrol, dan buang selulit

Lepas ni, aku dah tanam semangat untuk mengeluarkan peluh hari-hari gak laa .. mana tau.. kot-kot alergik aku ni boleh hilang ke kan.. Isnin main Futsal, Selasa main Netball, Rabu main Futsal semula.. khamis main badminton ke.. Jumaat?? mmm Jumaat main kejar-kejar pun best gak... ehh mmm okay gak...

Sunday, July 13, 2008

"DIA" YANG SEMPURNA..

Dah hampir 2 tahun "DIA" tak datang menjenguk.. apatah lagi menjengah.. lepas "kekalutan" hidup aku tinggalkan.. bererti, "DIA" aku buang jauh-jauh seketika. Bukan aku benci "DIA" tapi aku nak reset button aku supaya semua jarum jatuh ke zero. Beberapa bulan je lagi, genap 2 tahun, takkan aku nak biarkan masa berlalu? Tapi, kalau difikir logik, takkan aku nak pi cari "DIA"? Ishhk tak ada maknanya.. very not me lah pulak. Tapi, kalau aku asyik dok "very not me" maka, kesimpulannya, mungkin berlarutan hingga bertahun-tahun-tahun-tahun lamanya... mmmm sepinya..

Kat mana aku nak cari "DIA"..? kata orang, rezeki tak datang bergolek depan mata kalau kita tak berusaha, bagi aku, kalau nak cari rezeki memang la kena berusaha, melainkan pada yang kurang berkemampuan, dan yang tak ada daya upaya langsung, memang la kita yang kena golekkan depan mata dorang... tapi sekarang ni aku bercerita tentang "DIA", yang memang lain, unik, paling berharga! Aku pulak, jenis yang tak mudah untuk menerima "DIA", tak mudah jugak untuk mengaku aku menerima "DIA", dan, tak mudah untuk memiliki "DIA" sebab? "DIA" pernah sentap jantung aku sampai nak terhambur isi perut aku, seketika dulu, sampai aku fobia dan trauma untuk menerima "DIA" lagi.. Tapi, kenapa sekarang aku cari "DIA"? sebabnya, aku sepi.

Ada Orang kata, "DIA" tu buta. "DIA" tu gila. "DIA" tu menyakitkan. "DIA" tu mengelirukan. Maka dipendek dan dipadatkan.. "DIA" tu berpuaka la..

Tapi bagi aku "DIA" tu SEMPURNA, tak ternilai, terlalu berharga, paling eksklusif, hanya untuk yang terpilih dan bukan sewenang-wenangnya di kongsi pada 2 atau 3 manusia. "DIA" hanya untuk yang satu, selepas yang MAHA ESA.
Andainya, tiba-tiba "DIA" datang lagi dan singgah menjenguk aku, mungkin, itu yang terakhir kali, sebabnya? Di mata aku, "DIA" memang begitu indah.."DIA" juga adalah darahku, lengkapi diri aku, dan dia begitu sempurna..
Sama ada "DIA" akan datang menjengah atau menjenguk, itu urusan yang ESA..
"Dia" tak bisa di sentuh.. tapi bisa dirasa...
"Dia" begitu sempurna..
Kerana "Dia" adalah C.I.N.T.A

To be continued..

Friday, July 11, 2008

Once in a blue moon...

Isshkk kejadian ni jarang benar berlaku.. Pagi tadi aku makan sepinggan penuh nasi goreng, ni tadi jap ni, aku baru lepas makan 3 ketul tah apa nama nyer tah yang ala2 yong tau foo.. yang disumbat dalam vege... dan aku makan 1 goreng pisang dan 1 kuih kacang.....

Kenapa aku rasa lapar je ni??

Yang aku tau, bila rasa lapar ni datang, selalunya ada beberapa kaitan dengan beberapa benda.. satu, bila tahap glukos dalam badan kita terlalu rendah, kita akan rasa lapar dan menggeletar.. satu sebab lagi adalah PERUT KITA. Perut kita ni bila dah biasa terima kuantiti makanan yang banyak, jadi bila tetibe kita tak makan pada jangka waktu yang lama, perut kita akan mengecut atau mengecil... jadiiii satu signal akan dihantar ke otak.. yang membawa perkhabaran, "makan time"..!!

Selain tu, kita buleh rasa lapar bila ada gangguan-gangguan luar gak seperti... bau-bauan dari meja orang sebelah ke.. atau bau enak dari restoran ke.. atau ternampak iklan makanan kat TV or magazine ke.... kan kan??

Ada lagi.... Lapar bukan semata-mata untuk memenuhkan perut je... ada jugak untuk menenangkan fikiran jugak... tak caya?? betullll... biasanya bila orang tu tension, sedih, kesepian, marah, rasa LAPAR akan datang dan kekadang jadik luar biasa..

Tapi, nafsu makan yang menyerang aku sekali sekali ni, jarang betol berlaku. Tambahan lak, bila nafsu makan aku ni berlaku di depan mata kawan-kawan aku.. terkejuit gak la dan heran gak la dorang kannn... Memang la aku tenagh menyesal sekarang ni sebab sekarang nih, dalam perut aku mengandungi lebih kurang 200gm nasik yang mengandungi carbs, dan kuih muih yang jugak ada carbs!! Tapi, untuk menenangkan jiwa dan hati aku, aku dah tetapkan..... Ahad ni, aku workout kaw kaw...!! Mmmm esok pun hari "makan" jugak sebab aku & the geng akan ke Eco Resort untuk menyantap buah-buahan....?? tapi buah tak apa kot.... tapi durian tinggi kolestrolnyaa.. mmm mcm maner ek??

Durian ni, tinggi kandungan gula, vitamin C dan potassium (ada dalam pisang gak), karbohidrat, protein dan lemak (hah?? lemakkkkkkk???). Tapi yang aku tau, durian ni, tak boleh makan banyak-banyak.. sebab aku pernah terbaca article dari Discover Magazine, ada sorang pompuan ni, gara-gara makan durian banyak sangat, dia punyer kidney problem a.k.a renal failure... sebab apa leh failure? sebab over dose potassium.. jadik?? kesimpulannya, aku hanya akan makan beberapa ulas je... lagipun aku bukan hantu durian sangat pun.... tapi Manggis memang No.1 dan King Of Fruit bagi aku!!!

Thursday, July 10, 2008

Nak Pi Dusun!!

Ahh musim duriannnnnnn udah tiba.. aku idak ler suka bebenor durian ni.. tapi, makan ler jugak.. nak makan banyak sangat aku risau kekalau kolestrol ternaik lak.. tapi Manggis memang feveret aku.. mmmm seguni pun aku rase boleh gagah kot........


Manggis atau dalam bahasa omputeh mangosteen, bukan setakat sedap je.. banyak pekdahnya manggis ni pada kita... ada yang kata manggis ni "Queen of Fruits" kat Asia dan jugak "Food of the Gods" kalau kat French Caribbean... ternyata besar benar penangan buah manggis yang hitam legam nih ekkk ... nih aku dah senaraikan semua tentang kebaikan buah feveret aku!

1. Anti-penat (energy booster atau menambah tenaga)
2. Anti-radang, bengkak yang paling power sekali! (mengelakkan bengkak, radang)
3. Analgesic (prevents pain)
4. Anti-ulcer (elak ulser perut, mulut dan usus)
5. Anti-depressant (low to moderate)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect, kurangkan keresahan la kot?)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia-masalah pelupa)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... Manggis ni berkebolehan melawan dan membunuh sel-sel kanser)
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - membantu meningkatkan sistem imunisasi
10. Anti-aging (anti penuaan.. yahoooo!)
11. Anti-oxidant
12. Anti-viral (anti virus)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections)
15. Anti-seborrheaic (mengelakkan sebarang penyakit kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (Lindung jantung kita)
19. Hypotensive (blood pressure lowering)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, membantu mengurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (membantu mengurangkan berat badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis)
23. Anti-osteoporosis (membantu mengelakkan tulang daripada reput)
24. Anti-periodontic (mengelakkan penyakit gusi)
25. Anti-allergenic (mengelakkan alergik, mm sesuai untuk aku nih)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones)
27. Anti-pyretic (mengurangkan demam)
28. Anti-Parkinson (Lan, cuba makan manggis, mana tau leh baik "habit" tu????????)
29. Anti-diarrheal (mengelakkan ciritssss biritsss.. nih sesuai untuk kawan aku AIN)
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (mengelakkan glaucoma, atau penyakit mata laa)
33. Anti-cataract (mengelakkan cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body



Aduuuuiii.... banyak nnyerr pekdah-pekdah manggis nihhhh.... aku sebelum ni tak pulak tau yang manggis ni bagus rupenyer..... selalu aku belasah je makan sebab aku suka btoi rase manggis yang masam manis ...mmmm sedap nyer la haiiii...... Esok, Jumaat pas kawan-kawan se"opis" abih "kerja" dia.. kitaorang nak naik ke utara... pi dusun kat salah sebuah negeri yang kaya dengan buah buahan.... ada orang nak sponsor resort & makan buah sampai kenyang.. rezeki jangan di tolak, msuh jangan di cari... kata orang tua-tua... Maka, aku ikutkan je....

Sunday, July 6, 2008

Tips to Reduce Your Appetite and Feel Fuller on Less

by Candida Martinelli


  1. Replace your dishes with smaller dishes. This is both a psychological trick and a practical one: you still feel like you have a full plate of food, but you fit less food on a smaller plate.
  2. Drink a large glass of water (bubbly water fills you up more) before you sit down to eat.
  3. Try not to drink during the meal, which can make you eat more.
  4. Spice up your food. It's no coincidence that the spiciest food comes from the poorest areas of the world, where they have to feel fuller on less. Spicy foods make you feel fuller. If you can't eat spicy foods, settle for more flavorful foods. Strong flavors satisfy the taste buds, which signal to the appetite that it's being satisfied. Use plenty of herbs and non-hot spices, salt or salt substitutes, onions and garlic.
  5. Eat slowly. This is a common suggestion, but it rarely comes with practical tips on how to do it, other than to force yourself to chew a certain number of times before swallowing. People sitting around a table counting their chomps is a big dampener on table conversation, to say the least. So here are two practical suggestions: reverse your eating hand (right to left, left to right) but be careful not to put the fork through your cheek (!), and put on some soothing music to accompany the meal.
  6. Serve up your plate with the correct portions. Do not place platters of food on the table.
  7. Decide what quantity each person should eat, and serve it up in the kitchen. If people object, ask them to think of it this way: platters of tempting food on the table is cruel for those who can't permit themselves to eat much.
  8. Check the proportions of your food: vegetables should take up more space on your plate than your main protein or starch source. Vegetables have high nutritional value, low calories, and they can make you feel fuller than protein or starches. They're bulky, full of fiber and water, a combination that makes you feel full.
  9. Restrict yourself to only one dessert a week. Not so long ago, dessert was a Sunday treat. That's a good tradition to recover. If you crave sweets at the end of a meal, try nature's candy: fruit. A dish of fresh grapes, or peaches, or strawberries, or watermelon, for example, is just as satisfying to the sweet-tooth as high-fat and high-calorie desserts.
  10. Set a nice table. When a meal feels special, even if the quantity is small, the experience is more satisfying. Use place mats or under-plates or a table-cloth. Decorate the table with fresh flowers or candles. Use special tableware and glassware for the most humble meal, even when you eat alone. If you can't pamper yourself with an abundance of food, pamper yourself with all the other aspects of the meal. And that includes good company and good conversation!

Suka aku baca article-article yang menaikkan semangat kurus aku!! heh heh... semoga memberi pengajaran dan pelajaran...

Wednesday, July 2, 2008

Body Mass Index??

berbelas2 tahun dulu.. heran tol aku apa aarr BMI atau Body Mass Index tu.. tapi sejak aku pernah ter"chomey" seketika waktu kat "uni" dulu... aku terminat lak nak tau apa ke benda nyer BMI tu...
Okay.. sikit laa tentang BMI ni.. sapa suka baca, baca laa.. sapa yang buhsan.. xyah baca ehh??? BMI atau Body Mass Index (dalam bahasa melayu, indeks jisim badan) ni sebenarnya adalah pengukuran komposisi badan kita.... atau formula untuk menilai berat badan kita.. haa sesuai atau tidak dengan ketinggian kita.. dan BMI jugak secara tidak langsung menilai jumlah lemak yang terkandung dalam badan.. dengan formula BMI, kita boleh la menganggarkan kesesuaian berat badan berdasar ketinggian kita... haa best tak? giler la kaannnn aku selalu kira BMI aku brapa walaupun aku ni underweight!!!!


1. Memula, korang kena tau berapa berat badan korang dalam kilogram
2. Lepas tu, pi ukur berapa tinggi korang dalam centimeter lak...



Formula nak kira BMI badan kita;


berat badan korang dalam kg
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tinggi (m) X tinggi (m)


haa... dah?? lepas tu, korang bandingkan la berapa jumlah hasil kali bahagi tu dengan carta kat bawah ni..

Kurus : Kurang 20.6
Normal : 20.7 - 26.4
Gemuk : 26.5 - 30.9
Obesiti : 31.0 - 45.2
Bahaya : Lebih 45.3


So, berdasarkan carta kat atas ni, korang leh tau yang korang ni terlalu kurus atau terlalu gemuk.. tapi, jangan sedih kalau jawapannya mengecewakan korang... berat badan kita boleh diturunkan kalau korang bersemangat dan betul-betul nekad..!!!! (aku pernah "chomey" dan aku tau perasaannya..)

Tapi, apa-apa pun lah kan.... bagi aku, kurus ke.. gemuk ke, yang penting HATI TAK BUSUK... JIWA TAK KACAU..

Monday, June 30, 2008

Maniac Monday..

Six o'clock already I was just in the middle of a dream I was kissin' Valentino By a crystal blue Italian stream But I can't be late 'Cause then I guess I just won't get paid These are the days When you wish your bed was already made It's just another manic Monday I wish it was Sunday 'Cause that's my funday My I don't have to runday It's just another manic Monday Have to catch an early train Have to be to work by nine And if I had an air-o-plane I still couldn't make it on time 'Cause it takes me so long Just to figure out what I'm gonna wear Blame it on the train But the boss is already there All of the nights Why did my lover have to picklast night to get down Doesn't it matter That I have to feed both of us Employment's down He tells me in his bedroom voice C'mon honey, let's go make some noise Time it goes so fast
When you're having fun
Maniac Monday..

Friday, June 27, 2008

Window.. Window....

Nak Beli Jeans.. tapi susah nyer la nak cari jeans yang sesuaiii..... bila pinggang dah okay, singkat lakkkkk.. bila labuh dah okay.. pinggang nyer lak longgar monggar... maka pencarian jeans dah nak masuk bulan ke-2.. walaupun baru je 3 bulan lepas beli jeansss.. nak cari cutting yang sama tapi color je lain... tapi limited edition je lah pulakkk... mmmmm
Nak beli bag.... adoiiiiii payah nyer laaa nak jupa yang berkenan di hati... sama macam nak cari bf (heh heh heh) kekadang tu dari jauh nampak meletops.. bila belek-belek, hancur... mmmmm sekali lagi pencarian aku diteruskan ke butik lain.... TODS? RADLEY? menarekk gak... tapi... window tempat lain dulu.... mmmmm buhsann.... aku nak yang bulky a bit..tapi xnak la yang tacky.. ishkkk susah nyer.... sama macam nak cari bf... hehe... pilih punya pilih terkena conman.. haa padan muka aku.. mmm nasib baik bag bukan orang... kalau tak ishhkk.. mmmm pencarian bag dan jeans akan diteruskan dari hari ke hari hinggalah berlaku "cinta pandang pertama, bila mata bertentang mata, lidah kelu berkata-kata, tika itu, barulah dikau ku miliki....." woohoooooo!!

Tuesday, June 24, 2008

AKTIVITI MERANGKAP HOBI..

Selain SHOPPING, aku memang suka berenang.. gila berenang.. aku join jugak gym.. masuk kelas capoeira, kelas menari semua untuk exercise tapi, aku rasa, jiwa dan raga aku memang hanya berenang laa.... dulu kalau nak diikutkan, sumpah, aku memang takut air.. takut air masuk telinga, takut air masuk idung, takut tertelan air... tapi.. yang aku takut tu la akhirnya jadi kegemaran aku sampai ke la ni haa... Bila orang cakap "ha? u berenang? nanti badan u besar la".. ada lak yang cakap.. "nanti bahu u jadi macam pemain rugbi laa".. alahaii... ye ker?? kalau dah silap teknik, salah cara, memang boleh besar.. tapi aku ikut cara aku... so far, aku tak la besar sangat.. mmm tak besar pun.. sedang sedang je lah kot

Topik kali ini nak cerita sikit lahh pasal berenang ni. Aku memang selalu berenang, untuk elakkan bahu aku besar macam pemain rugbi, aku elakkan buat "free style" dan aku hanya buat kuak dada ataupun kita panggil berenang katak.. Kenapa aku hanya buat kuak dada a.k.a berenang katak??
1) sebab aku memang tak suka kalau bahu aku jadi lebar
2) sebab dengan kuak dada, sekali gus akan mengempiskan perut dan tone kan perut
3) keraskan bahagian paha
4) tonekan bahagian lengan (supaya tak gelebeh...hehe)


Jadi, aku tak heran sangat nak bergaya bebas. Memang seronok kalau pandai berenang. So, kepada sesiapa yang belum tahu teknik-teknik berenang yang betul, ringan-ringankan diri mendaftar dimana-mana kolam renang.. atau suruh la kekawan yang pandai berenang tu ajar.. Tak kiralah braper umur kita pun, jangan segan. Tetapkan MATLAMAT kita.. Ada yang malu sangat nak masuk dalam kolam renang tu.. macam la orang lain nak tengok sangat body kita ni.. macam laa orang nak tengok jenama apa baju renang kita ni... ishhkk tak ada maknanya.. Ada yang memang tak tahu langsung nak berenang.. memang laa.. dulu aku pun sama gak.. memang tak reti langsung langsung.. tapi, perkara yang paling penting untuk belajar berenang adalah.... korang mesti kena ada pakaian renang yang lengkap dan selesa untuk korang, lepas tu, goggle paling penting, sebab kalau korang tak ada goggle, korang takkan ada confident dalam air.. ye laa gila nak bukak mata lelamer dalam air berchlorine tuh?? haa bila dah ada semua tuu maka korang dah bersedia untuk berada dalam mana-mana kolam berchlorine..

Tapi, apa benda yang paling penting sebelum belajar teknik berenang????? jawapan aku pada semua yang berhajat nak belajar berenang adalah "CARA PERNAFASAN DALAM AIR" .. haa serious.. sebelum korang nak berangan dengan teknik-teknik berenang, belajar dulu breathing.. senang je... ingat ni je.. DI LUAR AIR INHALE IKUT MULUT.. BILA SELAM, EXHALE IKUT HIDUNG.. ulang banyak-banyak kali... dalam air bukak ler mata korang.....

Jomlah aku nak citer sikit tentang Berenang yang bagi aku merupakan senaman yang paling berkesan, paling ideal dan paling bagus. Berenang ni merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja... tu pun, kalau orang perempuan banyak sangat berbasikal, tak kisah samada anda buat di gym atau berbasikal di taman ke, lama-lama, bahagian otot paha anda dan betis akan membesar... so, orang pompuan, kalau exercise, jangan la rajin sangat nak mengayuh ye?? lepastu, berjogging pulak??? orang perempuan tak digalakkan berlari, sebab gegaran akan mendatangkan kesan yang kurang baik pada rahim, perut, abdomen kita....

Aktiviti aerobik ni dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress. haa jadik, secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Sebab apa? ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan di air adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan... Ini di akui oleh aku sendiri dan aku dah sendiri mengalaminya... punca aku mula jadikan berenang sebagai aktiviti dan sukan utama dalam hidup aku adalah kerana aku pernah mengalami masalah berat badan... berenang memang bantu aku mengurangkan berat sekaligus "sculpting" badan kita..


Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung... Kawan baik aku sendiri, dijadikan bahan ujikaji aku.. dia berenang dari bulan ke-5 dia pregnant, sampai la dah sarat.... okay je.. sihat je.. tak ada masalah dan nak deliver pun senang...

Kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan di air seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis)...


Tanya laa mana-mana doktor pun, berenang adalah senama yang paling selamat untuk semua.. baik kepada perempuan pregnant, warga emas, bayi, kanak-kanak.. orang yang patah tulang pun menggunakan terapi berenang untuk pulihkan tulang... ishhkk cuba laa kalau tak percaya.. dan lagi satu.. berenang ni mengAWET MUDA kan kita jugak.... tak caya?? heh heh heh.....

Monday, June 23, 2008

Alergik?? Kenapa aku Alergik??

Rasanya dah hampir lebih kurang 6 tahun aku tak boleh makan ayam, tak boleh makan seafood, telur.. ishhkk seafood & ayam tu merupakan makanan feveret aku sepanjang zaman... tapi tuhan dah tarik nikmat tu.. sebab kalau aku makan, berlaku ransangan tak diingini pada kulit aku, lalu aku secara rasminya Alergik pada makanan yang satu ketika dulu adalah menu utama aku.. Tapi apa itu Alergik??
PERKATAAN alergi ni sebenarnya berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik macam aku ni.. Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu... macam telur yang ada protein dan sebagainye lah

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik (kalau jadi kat aku, akan naik rashes beserta nanah yang menyerupai pimples)... haa part ni kena baca banyak kali sikit sebab susah sikit nak faham..

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.
Makanan yang menyebabkan alahan??
1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan atau kacang
8) Ikan
9) Seafood
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.
11) Ayam - kandungan kimia yang disuntik pada ayam

Sunday, June 22, 2008

Kehilangan..

Pagi Khamis lepas, 19hb June, kucing kesayangan aku "Achik" kena langgar.. habis tulang kaki kiri belakang dia terkeluar.. Ya Allah.. sedih betul aku tgk dia tahan sakit.. terus parents aku bawak pi Vets, Dr Prem Anand kat Brickfields....

Hari Jumaat petang, aku pi tgk dia.. nampak stabil, Dr masukkan drip, and Sabtu, 21hb.. Dr nak remove kaki kiri dia & masukkan besi kat kaki kanan... tapi chances?? 50-50.. Tapi hati aku macam confident yang Achik akan okay..

Lagi dugaan.. pagi tadi, Ahad 22 June.. Dr call.. Achik mati pukul 7 pagi tadi.. Aduhhh.. sedihnya aku.. Terus aku pegi amik Achik, bawak balik rumah dan tanam dia... Lepas ni, aku rasa macam tak nak dah bela kucing.... sedih dia macam aku kehilangan manusia..

Apa-apa pun, aku ngan family, dah buat the best for Achik....