Tuesday, July 22, 2008

Sakit Otak!

Ni bukan Sakit Otak a.k.a kurang siuman... tapi ni sakit otak yang sakit.. sakit otak yang kena tidur dalam gelap.. sakit otak yang tak boleh dengar bunyi bising.. Sakit otak yang menyerang sekali-sekala dan jarang-jarang ni, memang menggerunkan, sebab, time sakit ni, aku tak leh tido, tak leh nyenyak, nak dipicit pun tak tahu tang mana punca nak dipicit.. melainkan, telan 2 biji active fast, cover mata, tido.


MIGRAIN!!!!!!!



Tu la bahana paling menakutkan.. bila dia datang menyerang, tak tahu nak explain macam mana.. kalau ikut hati, nak dikupas tempurung kepala dan letak ice.. ishhkk kenapa la Migrain menyerang? Jawapan untuk diri aku?? sebab "masa aku dah time" dan jugak, aku berhujan gara-gara memetik buah dalam hujan.. tapi.. kenapa la MIGRAIN?????



Jom la blajar-blajar pasal salasilah migrain ni... Migrain ni dalam artikel katanya dikenali sebagai hemikrania, iaitu perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak... atau pun dikenali sebagai vascular headache... alamak aper tuh?? Migrain ni lagi katanya adalah Sakit kepala yang macam berulang, berdenyut-denyut selalunya jadi kat sebelah kepala jer... mmm betul betul tuu kalau aku, biasanya belah kiri.. Ada juga yang bermula kat sebelah kepala, lepas tuh baru pelan-pelan dia melarat ke dua-dua belah kepala. Ada kes yang lagi teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Kenapa laaa terjadinya MIGRAIN???

Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa dan mengapa?? masih belum dikenalpasti. Tapi, menurut kajian pakar-pakar yang bertauliah la kann, ada beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku:
  1. Keturunan - Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

  2. Pemakanan - Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto, eii aku kalau masak, memang NO MSG PLEASE.. rosak rambut, rosak hati, rosak lidah, habisssss semua), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

  3. Hormon - Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun seperti; Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung; Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid... (OOooo sangat aku la niiiiiiiiiii); Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain ; Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

  4. Cara hidup - Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

  5. Pengambilan ubat. - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.

  6. Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

  7. Perubahan cuaca. (kalau aku terkena hujan, maka, nantikan aja migrain datang singgah pada malam harinya.... scaryyyyyy)

  8. Cuaca terang matahari atau lampu... (Berjemur tengah panas pun menyumbang jugak..)

  9. Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

  10. Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (Ni macam kawan aku a.k.a adik aku sorang tu.. asyik pening kpala 24jam, dah tu rabun pulak, tapi tak nak pakai glasses konon tak hensem.. apa taknya, 25jam ngadap PC PC PC..)

  11. Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (Kalau experience diri sendiri, kalau menangis, confirm aku akan migrain!!)

  12. Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

  13. Merokok. (Tak la pernah aku merokok, tapi selalu hirup asap rokok....)
Macam mana pulak cara-cara nak merawat MIGRAIN ni pulak?????


Kalau Rawatan tanpa ubat-ubatan..
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (Oooo baru aku tahu.. so lepas ni.. less and less sodium chloride ya).

  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

  3. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

  4. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

  5. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain... (Kawan aku pernah tido dalam almari okay...)

  6. Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

  7. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua dulu-dulu kata, kalau kita nak mandi, basahkan bahagian bawah dulu yakni kita mulakan dari kaki, lepas tu naik sikit ke badan pulak dan lepas tu terus ke kepala time kita mandi mungkin juga berkesan.... cuba je laa kan..tak rugi pun ikut petua ni..
Rawatan menggunakan ubat-ubatan


  1. ubat pemberhenti migrain - Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain. 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin. Isometheptene.
    Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

  2. ubat melegakan migrain - Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.
Selagi boleh elak, aku elakkan dari makan ubat-ubat ni.. melainkan kritikal... Nasib jugak aku jarang kena MIGRAIN, kecuali kalau dah sampai masa setiap bulan dia nak kena, maka tak dapat di elakkan juga.. Tapi Alhamdulillah, MIGRAIN yang datang, tak pernah sampai ke tahap kronik, macam setengah kawan-kawan yang lain.... Hmm dah nama pun manusia, maka, aku anggap semua penyakit yang datang tu, ujian dan dugaan dariNya......

No comments: