Monday, July 14, 2008

Semangat Untuk Merembeskan Peluh!!

Sejak dah ada futsal court, netball court, volleyball court smua... bersmangat betul kawan aku yang suka makan nasi berlaukkan kari ni nak merembeskan peluh... aku memang suka betoi xtvt2 rembesan peluh ni.. jadik, kononnya, bermula esok, aku dan kekawan akan bawa baju sukan setiap hari ke opis.. abih je keja.. apa lagik... sukan time lah... heh heh jangan hangat hangat taikk ayam candu dah laaa......

biasa laa... aku kalau menulis, tanpa menyertakan fakta-fakta dan informasi yang berguna untuk menaikkan semangat kurus dan semangat hidup yang sihat, maka bukan aku lah nama nyer... heh heh heh....

bercakap mengenai rembesan peluh ni, atau senaman ni... aku nak citer pasal senaman kardiovaskular dulu.. Senaman kardiovaskular ni termasuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, berskipping.. dalam seminggu, kita kena buat latihan kardio ni sekurang-kurangnya 2-3 kali, dan setiap latihan lebih kurang 20-45min.. (tapi berenang, ikut laps..) Masa maximum 45min sebab.. ATP (Adenosine Tri Phosphate) dalam badan kita akan meningkat dan ia menyebabkan badan kita mula berasa letih pada minit ke 45... Jadik, lepas 45min, ia tidak lagi membakar lemak tetapi ia akan meningkatkan ketahanan sistem kardiovaskular kita je laa.... Jadi, mengikut perkiraan dan percaturan aku, cukuplah 20-45min sahaja masa senaman yang diperlukan untuk menguruskan badan...apa fungsinya pada badan kita? okay, latihan kardio ni, adalah untuk melatih otot-otot jantung dan paru-paru selain membakar lemak dalam tubuh kita..

Lagi 1, peluh ni, memang baik untuk kesihatan kita.. sebab,

  1. waktu badan kita mengeluarkan peluh, jantung kita lak tengah bekerja kuat untuk melancarkan perjalanan darah, maka jawapannya disini, peluh akan meningkatkan sistem kardiovaskular kita

  2. Imun sistem kita pun bertambah kuat..

  3. Peluh ni pun tolong buang toksid dalam badan

  4. Peluh ni membersihkan kulit jugakkkk...

  5. Peluh pun mengurangkan berat badan.. mengurangkan kolestrol, dan buang selulit

Lepas ni, aku dah tanam semangat untuk mengeluarkan peluh hari-hari gak laa .. mana tau.. kot-kot alergik aku ni boleh hilang ke kan.. Isnin main Futsal, Selasa main Netball, Rabu main Futsal semula.. khamis main badminton ke.. Jumaat?? mmm Jumaat main kejar-kejar pun best gak... ehh mmm okay gak...

No comments: