Saturday, December 20, 2008

Seminggu makan tanpa had!

Aku berjaya makan seminggu tanpa had.. enjoy giler.. isnin, mee bandung ngan daging, selasa, kueytiow kungfu (sedap giler sangat-sangat), rabu, Nasi lemak, Khamis nasik tomato ngan daging, pastu, butter bread puding, malam tetibe teringin satay, lepas tu, jumaat, Mee Goreng, Mashed Potatoes, Nasi Lemak, Chickadees, Sabtu, yakni hari penghabisan, A&W dengan onion ring nyer, pastu, fish & chip di tempat lain, kemudian pizza sebagai penutup.. fuhhh heaven... tapi, hanya seminggu je.. aku dah setkan "seminggu untuk makan tanpa had".. esok, nampaknya, masa untuk bekerja keras bermula.. apa aku nak buat??? mmmm.. Esok lepas subuh, aku nak jog kat stadium.. dapat 2 round, jadi ler.. (aku tak suka sangat jogging nih, rasa bergegar organ-organ dalaman), lepas tu, tunggu swiming pool bukak, dalam pukul 9 pagi, aku nak swim, dapat 10laps pun jadi la.. lepas tu, balik umah, breakfast & kerja, kerja, kerja ... and I'll be on diet again...

Tuesday, December 16, 2008

"Mental Block"

Kekadang, dalam sebulan, mesti ada satu hari yang kita jadi "beku".. otak jadi "kaku".. nak mulakan apa apa aktiviti pun macam lemau.. atau lebih tepat "hari bodoh".. a.k.a "Mental Block". Hari ni.. memang rasa "kosong".. otak tak boleh berfikir, jari tak boleh bekerja, memori pun macam dah "lost", macam batery hp yang dah nak "kong".. Nak kata tak ada mood, tak jugak, cuma, hari ni "jammed" giler .. Mungkin aku kena makan chocolate kot?? atau lebihkan makan makanan bergula untuk boost hormon gembira dan boost apa-apa yang berkenaan dalam badan aku ni.. mm tensi btol