Monday, March 30, 2009

Home Remedies..Lemon!!

Filler!! filler!! Home remedies for all..

Bila tersilap makan, elergik cepat naik, yang heran tu, dia attack kat face area.. dah tu apa lagi, tinggal lah scar.. so apa yang aku buat??? If nak reduced kan bengkak, squeeze lemon ckit kat area tu.. lemon juice bukan setakat reduced kan merah-merah kat area pimples or elergik, tapi dia fade kan scar... lightening kan scar.... dah tu, lemon juice if you guyz rajin apply kat muka, dia jugak buang sel kulit mati, and prevent black head!! Dan, kalau rajin, start your day dengan minum lemon campur honey, sebab dia melancarkan perjalanan darah!!! Try it!



Sunday, March 29, 2009

Mayonaisse!!!!!!!!!!

Mayonaisse ni bukan setakat sedap jadi pencicah bila makan broccoli atau salad je.. tapi, cantikkan rambut kita jugak!! Mayonaisse ni sebenar-benarnya pelembab yang paling super duper powerful. Caranyer senang giler, ambik Mayonaisse lebih kurang secawan, ikut la banyak mana rambut dan panjang mana rambut kita, pastu kalau nak heat kan sekejap pun boleh, and if nak apply terus kat rambut pun boleh jugak.. biar semua helai helai rambut kena.. lepas tu, pakai la shower cap.. berapa lama nak biarkan mayo tu, terpulang, kalau aku, dari pagi sampai tengahari ke.. atau kalau sanggup, pakai malam before tidur, pastu, esok pagi rinse lah macam biasa, dan shampoo skali, dah tu, letak conditioner (aku suka pakai aquaswim nyer conditioner, sebab selalu swimming and nak ilangkan clorin kat rambut.. cuba lah try test!! rambut lembut, kilat, licin!! Ada gak yang suggest suruh campurkan telur skali.. errmm aku lak tak suka dan tak sanggup nak bertahan dengan ke"hanyir"an bau telur tuhhhh... mmm selamat lah apa-apa pun!!!

Monday, March 23, 2009

Earth Hour.. 28hb, Saturday ni...

Tak perlu kerahan tenaga, tak perlu la nak menjerit ke, nak buat apa ke...
Di anjurkan oleh WWF, Sabtu ni, tepat 8:30 malam.. sebagai tanda sokongan kepada kempen mengurangkan kesan pemanasan global.. senang je, just turn off the lights for about 1 hour!!.. simple.. Dengan memadamkan lampu, secara automatik, kita vote for selamatkan bumi!!

Earth Hour ni sebenarnya adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac.... So, dengan kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.. Kat Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari lalu. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett...

Okay, ingat, sabtu nih, 28hb jam 8:30mlm.. turn off the lights.. but don't turn off your TV and duduk depan TV dalam gelap, buka ASTRO RIA.. jam 9 malam... minggu ke-3!!

Sunday, March 22, 2009

Turn me Offsssss....

Seriously lah..

1. Bad Breath..
2. Bad Body Odour..
3. Poor Hygiene.. (repeat jeans sampai sebulan, stokin tak wash.. dsb lah)
4. Tak cerdik tapi pretencious konon terror.. padahalll hahaa lol
5. Kedekut & berkira.. especially untuk diri dia sendiri hisshkk
6. Two faced people.. talam 2 muka
7. Emosional tak tentu hala.. boringgggg
8. No mission No vission in life.. too bad
9. Sombong & rude
10.Social like mad to the maxxxx...

Saturday, March 21, 2009

Rebound ke?? kih kih kih....

What is the first thing you want to do upon breaking up with someone ehh???? especially if you’re the one who got dumped.. lol mcm aku je tuh mmmmm wakakaka!

Ni haa 5 tell-tale signs of someone on the rebound laa.. mm betul or not.. let's check this out!:
1. Orang tu selalunya appear to be happy, and kekadang too happy, and macam enjoy sangat & tak nampak sedih when out with friends. However when they find themselves alone, that’s when they let their guards down and mope.. They reminisce the times they had with their ex and what could have been... dat's true lah i guess huhuuuuu haha.. dulu lah!
2. Others can be quite needy. I’m sure korang ada kawan who would call you non-stop wanting to know how you are, when all they really want is to feel connected to someone, specially a friend who cares.
3. Or they may call you about some thing or other and then suddenly the conversation steers towards their ex... mmm It’s a case of wanting to relive their recent past relationship. dorang wat macam ni coz dorang still harap that by talking about it, it may actually help resurrect the relationship... lah kot??
4. Another sign can be someone who won’t stop bashing their ex, or perhaps would start generalising by saying, “All men are bastards,” (ooops.. mmmm) or that, “All women are bitches.” They are so deeply hurting that they need to lash out. The scary thing is if they’re in a new relationship, they’d end this tirade with, “But of course you’re different, honey.” Beware!
5. Ha, yang nih lain macam sikit... orang yang rebound choose to be in a relationship with someone who is so different from their ‘type’.. ye ker?? Family and friends, yang kenal benar orang yg tengah rebound ni will be able to spot this easily laaa. They purposely do this because they have a need to be safe - because they think that by choosing someone different from their last relationship, they can prevent themselves from getting hurt, though the person they are with now is not someone they are passionate about... hmmm biasa nya kalau orang lelaki, dorang akan pilih someone less intelligent, less beautiful and accomplished. kalau girls plakk may pick someone who is not as head strong, less attractive and easily manipulated...???? hahahaha entah laaa.... They may even choose someone who is easy for them to leave, or should that person decided to dump them, they couldn’t care less.... hiskk bagi aku ni orang yang betul2 keciwa nih...

Apa nak buat kalau tengah rebound??? nak wat per lagi?? wat tak tahu jer lah... and for me?? i don't care & just let it be mmmm let's continue later...

Thursday, March 19, 2009

I never skip it on purpose...

"dun skip your breakfast lah!!!"

owh, mmmm sampai ke la ni aku ingat.. and i never skip pun.. breakfast is damn important untuk menjana otak.. (though nutritionists say breakfast is the most important meal of the day!) tapi depends on what your meal la... kalau hari2 makan nasik lemak, roti canai.. habis lah.. kolestrol naik, lemak pun slowly develop... For me, simple je la, makan banyak time breakfast is ok, tapi banyakkan makan benda yang berfiber like buah, sayur, wholemeal... and susu is a must lah kan... camner dengan nasik goreng plak ek?? hmm okay if nasik tuh brown rice.. nasik putih ni berkanji sangat... how about beehun?? mmm okay kot, tapi daripada beras gak asalnyer.. Dulu almost hari-hari mesti rebus hotdog or bakar daging burger.. sampai appendics kena potong lah akibat daging burger..

Btw, cakap pasal breakfast, sebelum makan apa-apa, lepas bangun tidur, minum air suam dulu & lepas tuh cuba try minum juice berry atau prune... (leh beli kat farmasi, xkisah brand apa pun) perjalanan usus & kolon sangat lancar dan sangat menyegarkan susah nak explain.. cuba lah try sendiri..... ha, lepas tu baru lah "santap" whatever food yg ada.. cuma ingat la.. berhenti makan sebelum kenyang!!! renung-renungkannnnnnnnn.... chowz!

Monday, March 16, 2009

The secret of.....

Saja je buat suspens.. suka pulak bila baca karektor2 ikut horoscope ni.. kekadang macam betul and macam kena je.. tapi kekadang tuh.. hmmm tah apa aper tah... Horoskop dan Astrologi ni sebenarnya ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia... Horoskop ni kononnya dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya....

SIFAT API - Orang Leo, SAGITARIUS, Aries.. orang yang dalam kategori api ni dikatakan sangat bertenaga dan bersemangat, dinamik dan ekstrovert (tapi aku agak introvert pulak). Orang dalam sifat api ni jugak, sangat senang bersosial dan tidak suka dikongkong.

SIFAT TANAH - Orang Taurus, Virgo & Capricorn.. Cara pemikiran mereka anilistik dan praktis, diorang ni mementingkan faktor materialistik dan mencari keamanan dankletenangan dalam hidup..

SIFAT AIR - Orang Pisces, Cancer, Scorpio.. Orang-orang dalam sifat air ni sangat fleksibel.. mereka mampu menyesuaikan diri mereka dimana saja mereka berada, tetapi, karektor ketara orang bersifat air ni adalah sangat emosional.


SIFAT UDARA - Orang Gemini, Libra, Aquarius.. mereka ni sangat intelektual.. mereka ni suka berdiskusi dan berkomunikasi dengan orang lain.. mereka pentingkan fungsi otak dari fungsi otot.. (pening lak kepala bila baca balik semula apa yang aku tulih ni)

OKAY, now, let's checking2 pasal tahi lalat plaks.. hihihi.. buduh btul entry arini....


hujung kening kanan - cergas dan cekap
pipi kiri - ramai kawan
dagu kanan - jujur & baik hati
leher kiri - cerdas dlm segala hal & banyak pengetahuan
leher kanan - jujur & berani menderita
lengan kanan - setia
lengan kiri - tepati janji

iyer ker??? mmmmm entah.. if ada yg betul mungkin kbetulan je lah kot....



Mimpi..

Kadang-kadang, bila tidur, tak pernah mimpi apa-apa pun... tapi, adakalanya plak, asyik mimpi je.. mimpi zombie, mimpi yang mengerikan, yang menakutkan, yang memomokkan perrjalanan tidur... dari apa yang aku baca, mimpi yang berlaku antara jam 3 pagi hingga 5 pagi tu, adalah mimpi yang membawa maksud, atau mimpi yang kasik kita "hint" of something..

Mimpi juga ada teori nya, iaitu,
1. kerana keinginan atau hasrat yang terpendam,
2. memori masa lalu, rekfleksi jiwa yang gelisah (mimpi yang seram),
3. daya khayal....
4. dan yang paling bermakna adalah gambaran atau bayangan awal tentang apa yang bakal berlaku pada hari-pari mendatang (selalu bila orang buat istikharah dapat mimpi ni)

Notes :
Malam bulan lepas, malam minggu lepas, malam kelmarin & malam tadi aku mimpi sesuatu yang syioqq, macammm best sangat.. dan dah banyak kali aku mimpi benda ni, tapi tak jadi realiti lagik pun, cuma realiti dalam mimpi..

Tuesday, March 10, 2009

Bila sudah tiada..

Selalunya:

Bila dia ada, kita wat tak nampak
Bila dah tak ada, baru la tercari-cari..
Bila dia ada, kita wat tak heran,
Bila dah tak ada, baru la nak teringat
Bila dia ada, kita jual mahal..
Bila dah tak ada, baru la terkial-kial..
Bila dia ada, kita wat tak kisah,
Bila dah tak ada, baru la rasa resah
Bila dia ada, kita wat tak hargai
Bila dah tak ada, baru la tau nilai..
Selalu gitu lah manusia ni. bila satu-satu barang or orang tu ada depan mata, jarang sekali kita nak hargai.. Tapi, bila dah tak ada, or bila kita ganti dengan barang or orang baru (yang konon baekk punyer), baru la kita mula nak membanding-banding barang or orang dulu dengan barang or orang sekarang.. time tuh, mula la kita hitung satu persatu kebaikan barang or orang yang terdahulu tuh.. but it's too late bebeh.. it's too late.. sebab mungkin now, barang or orang dulu tuh, dah bertukar hakmilik.

Wednesday, March 4, 2009

Whatever lah!

Whatever lah!.. Sukahati lah! I don't care & I don't give a damn!

Itu antara words yang leh kuatkan aku, atau mungkin itu juga antara baris ayat yang leh kuatkan org lain jugak??.. entah laa... tapi, pa lagi yang boleh motivate kan kita kalau bukan diri kita sendiri laaa kan???
Apa per jer lah!
Kekadang, ada hari yang buatkan kita nak quit je.. tak kisah la.. quit in whatever kita buat sekarang.. but, otak masih waras, minda masih cerdas.. hati masih kuat, sebab tu, aku masih lagi kat sini...
Sebenarnya, memang susah nak cari kekuatan nih, kena plak bila beribu mata memandang kita mencari dan menunggu masa kita buat silap.. pantang ada terkucil sikit, berlumba orang tepuk tangan, berlumba orang menokok nambah cerita..
Tak kisah pun..
Tapi, dah nama kita ni pun manusia.. salah & silap tu, memang tak boleh lari lah kan.. Apa-apa pun, hari-hari aku rasa happy.. hari-hari aku rasa gumbira & ceria.. masalah semua jauh dari hidup.. yang penting bila bangun pagi, aku masih cukup sifat, masih bernafas, masih dapat melihat, masih dapat mengeluarkan suara, masih mampu berjalan, dan masih di izinkanNya untuk meneruskan lagi hayat untuk meneruskan rutin hidup bersama orang yang aku kasihi iaitu Mama & Papa & Ima & Jija Boy dan Alisha.. Mummy luv you more!!
p/s : well.. not forgetting beloved cats michu, dino & dini, kush, and beloved iguana "boboy" hehe