Sunday, July 13, 2008

"DIA" YANG SEMPURNA..

Dah hampir 2 tahun "DIA" tak datang menjenguk.. apatah lagi menjengah.. lepas "kekalutan" hidup aku tinggalkan.. bererti, "DIA" aku buang jauh-jauh seketika. Bukan aku benci "DIA" tapi aku nak reset button aku supaya semua jarum jatuh ke zero. Beberapa bulan je lagi, genap 2 tahun, takkan aku nak biarkan masa berlalu? Tapi, kalau difikir logik, takkan aku nak pi cari "DIA"? Ishhk tak ada maknanya.. very not me lah pulak. Tapi, kalau aku asyik dok "very not me" maka, kesimpulannya, mungkin berlarutan hingga bertahun-tahun-tahun-tahun lamanya... mmmm sepinya..

Kat mana aku nak cari "DIA"..? kata orang, rezeki tak datang bergolek depan mata kalau kita tak berusaha, bagi aku, kalau nak cari rezeki memang la kena berusaha, melainkan pada yang kurang berkemampuan, dan yang tak ada daya upaya langsung, memang la kita yang kena golekkan depan mata dorang... tapi sekarang ni aku bercerita tentang "DIA", yang memang lain, unik, paling berharga! Aku pulak, jenis yang tak mudah untuk menerima "DIA", tak mudah jugak untuk mengaku aku menerima "DIA", dan, tak mudah untuk memiliki "DIA" sebab? "DIA" pernah sentap jantung aku sampai nak terhambur isi perut aku, seketika dulu, sampai aku fobia dan trauma untuk menerima "DIA" lagi.. Tapi, kenapa sekarang aku cari "DIA"? sebabnya, aku sepi.

Ada Orang kata, "DIA" tu buta. "DIA" tu gila. "DIA" tu menyakitkan. "DIA" tu mengelirukan. Maka dipendek dan dipadatkan.. "DIA" tu berpuaka la..

Tapi bagi aku "DIA" tu SEMPURNA, tak ternilai, terlalu berharga, paling eksklusif, hanya untuk yang terpilih dan bukan sewenang-wenangnya di kongsi pada 2 atau 3 manusia. "DIA" hanya untuk yang satu, selepas yang MAHA ESA.
Andainya, tiba-tiba "DIA" datang lagi dan singgah menjenguk aku, mungkin, itu yang terakhir kali, sebabnya? Di mata aku, "DIA" memang begitu indah.."DIA" juga adalah darahku, lengkapi diri aku, dan dia begitu sempurna..
Sama ada "DIA" akan datang menjengah atau menjenguk, itu urusan yang ESA..
"Dia" tak bisa di sentuh.. tapi bisa dirasa...
"Dia" begitu sempurna..
Kerana "Dia" adalah C.I.N.T.A

To be continued..

1 comment:

Amir said...

Some says "Till death do us part" a.k.a "Hingga ke hujung nyawa" but I think LOVE is there with or without life...Do u agree..??