Wednesday, July 30, 2008

Sekali Sekala...

Di bawah limpahan cahaya yang suram.. dengan aroma yg begitu mengkhayalkan.. nyaman.. tenang, alunan muzik yang diselang seli dengan bunyi deruan ombak, siulan burung dan gak bunyi cengkerik.. mmmm best sesangat! sambil aku meniarap.. antara sedar dengan tidak, seluruh badan dah di saluti aromatheraphy oil, lalu aktiviti pun dimulakan... tolak atas, tolak bawah, tolak atas, tolak bawah, tekan, lepas, tekan, lepas.. lalu aku pun hanyutttttt..

"Neng, kalau sakit, kok bilang aja ya?" Kata si tukang urut

"Okay Okay.." Balas yang di urut

Bali massage atau Thai massage, dua-dua aku suka.. best gilak! sik boleh madah gik! Dalam pada best, mengurut nih, melancarkan perjalanan darah, kurangkan stress, meningkatkan oxygen flow, membantu dalam pengurangan berat, melembabkan kulit kalau dia guna minyak yang bersesuaian laa, dan yang paling penting, membuatkan diri sendiri rasa best, nyaman, tenang, aman dan damai........

Monday, July 28, 2008

Isshhkk.. susahnyerr lahaiii...

Dalam banyak-banyak bahagian badan... perut paling payah nak jaga.. dah la payah nak kontrol lapar.. payah pulak nak tone kan dia.. hari-hari sit up, wat crunches.. pun tak ada ketul-ketul.. mmm camner nak kasik keras perut nih.. kawan aku kata pompuan biarlaa ada perut sikit.. tapi, wat per?? tak nak laahhh.. aku suka flat.. macam perut kawan aku tuu.. flat je.. cantik.. slim melim.. perut aku? tak la buncit, tak la boroi, cuma tak keras, tak ada ketul-ketul..

Orang kata, tak nak kasi perut buncit, jangan minum air lepas makan, at least 30minit lepas tu, baru minum, jangan minum ice, kurangkan gula & garam, dan paling penting, minum air kosong at least 2 liter. Kalau aku, bila rasa ter"buncit" cepat-cepat minum limau nipis panas tanpa gula, pastu buat sit up & swimming tapi hasilnya bukan sehari dua leh nampak, kena la buat hari-hari..... kenapa aku nak keraskan perut? bukan untuk tontonan, bukan untuk tatapan cuma untuk kepuasan diri sendiri..

Skip BreakFAST??!!!

It is not a good idea to skip breakfast laa... Skip lunch ke dinner ke, sukahati laa.. tapi BREAKFAST?? Jangannnn.... Kan dah lebih kurang 8 jam perut kosong?? Kalau skip breakfast.. metabolism pun slow, otak pun slow, concentration pun slow la.. cuba bayangkan... katakan aku tidur 8 jam, memang dah tentu aku tak makan dalam tidur, jadi perut aku kosong 8 jam... bangun tidur kul 6:30am, pastu aku skip breakfast, lalu aku makan lunch kul 1:00pm.. bermakna, 15jam perut aku kosong?????????????
Skip breakfast ni memang common strategy for losing weight.. but?? not a smart one laa.. padahal eating breakfast la is good for weight loss..

Nak cakap pasal healthy breakfast, mengikut bacaan, should contain some fiber & protein macam low fat meat ke, egg ke, beans atau soya ke.. kalau fiber pulak, whole grains, sayur ngan buah.. Tapi, aku rasa menu breakfast yang paling baik adalah low fat milk makan ngan whole grains cereal pastu orange juice.. Aku elakkan makan sugary cereal, pastry pastu white bread pun tak elok makan selalu jugak sebab dia digested cepat, nanti belum sampai masa lunch dah lapar semula... Jadi, aku yang memang diet protein ni, penuhkan perut dengan fiber & protein.. until lunch pun perut terasa penuh lagi dan tak lapar.. selalu, tea time baru aku makan semula...

Kekadang, if tak sempat nak amek breakfast, i'll snack on handful of healthy nuts like pecan, walnut, almond atau whole grain cereal...
Well, tomorrow morning, remember that eating healthy breakfast is the best way to start off your day honey!!

Sunday, July 27, 2008

Coffeemanics??

"Coffee or tea miss?"

"Mmm tea please.. ehh mmm Coffee la.. ehh mmm it's okay laa.. no thanks.."

Bukan tak nak, Bukan tak sudi, Bukan ngada.. Tapi aku takut pening, takut mabuk kopi, takut mandomm.... Tapi kawan aku kata, kopi ni, boost energy.. speed metabolism.. lepas tu, caffeine ni merupakan kandungan yang paling tinggi dalam mana-mana pill diet.. kawan aku kata lagi, kopi ni mental alert yg paling efektif.. pastu caffeine ni memang recommended to counter sleepiness, caffeine baik untuk kulit dan banyak lagi la... Tapi, AWAS, kawan aku kata, Caffeine ni dehydrating! Lepas amik kopi atau tea, kena banyak minum air kosong! Aku alergik.. boleh ke? kalau migrain camner? Hmmmm okay je laaa kot..

"1 Brazil Ipanema Bourbon please.."

Saturday, July 26, 2008

The grass is greener on the other side..

"Am I doomed to being single?" ~ Wala, 32yrs, from Hayam Wuruk


"I always want what I don't have and what I won't have" ~ Dona, 28yrs, from Gilimanuk

"I am tired of being single!" ~ Dori, 30yrs, from Kebon Sireh


"I think, I can't handle being single anymore because of the boredom and loneliness" ~ Qoici, 26yrs, from Periuk Harbour


"I am afraid of being single forever" ~ Piwit, 29yrs, from Pondok Indah


"I am deeply in love with him but I don't know if he feels the same way. I guess, he doesn't know it.. :-(" ~ Yariba, 31yrs, from Ciroyom


"Rejection is painful but breakups are evenmore painful ~ Cuticura, 27yrs, from Pamaengpeuk


"Am I just happy of being single?" ~ Sukarani, 29yrs, from Rangasdengklok


"I like him a lot, I'm in love with him and I always thinking about him but I'm just too shy" ~ Mika, 28yrs, from Cabangbungin


"I'm in love with someone and I don't know whether I should tell him or not, it hurt me now.." ~ Cottilard, 31yrs, from Keraton Cirebon


"Should I tell him that I have a crush on him?" ~ Reko, 30yrs, from Tangkuban Perahu


"I am waiting to hear him tell me that he likes me, loves me.. but I don't think it's going to happen" ~ Tin Tin, 29yrs, from Mt Cikurai


"I stuck in the future of uncertainty" ~ Yehaa, 26yrs, from Telagabodas


"I like him, butterflies in my stomach are fluttering like mad whenever I see him, whenever he around, whenever I hear his voice.. whether it be giddy, nervous or whatever.. It's this weird feeling inside" ~ Sifuyoh, 31yrs, from Nusa Penida


"I like him a lot!!!! A whole lot..!! ~ Sutinah, 30yrs, from Tanahlot


"Life without love is like a tree without blossom & fruit" ~ Nano, 27yrs, from Kintamani


"Love is like a war, easy to begin but hard to end" ~ Copot, 30yrs, from Celukanbawang


"I really like this guy.. but does he like me too?" ~ Bebe, 31yrs, from Pengambengan


"If he likes me, why isn't he asking me out or send me a message or say something?" ~ Dida, 32yrs, from Klungkung


"Should I wait to see if he says anything first?" ~ Wooho, 26yrs, from Kuta


"I was waiting for so longggggg" ~ Pundit, 28yrs, from Cihampelas


"Should I wait for him or should I move on??" ~ Manok, 29yrs, from Rancaencek


"How long should I wait for him?" ~ Oopa Loompa, 32yrs, Den Pasar

Tuesday, July 22, 2008

Sakit Otak!

Ni bukan Sakit Otak a.k.a kurang siuman... tapi ni sakit otak yang sakit.. sakit otak yang kena tidur dalam gelap.. sakit otak yang tak boleh dengar bunyi bising.. Sakit otak yang menyerang sekali-sekala dan jarang-jarang ni, memang menggerunkan, sebab, time sakit ni, aku tak leh tido, tak leh nyenyak, nak dipicit pun tak tahu tang mana punca nak dipicit.. melainkan, telan 2 biji active fast, cover mata, tido.


MIGRAIN!!!!!!!



Tu la bahana paling menakutkan.. bila dia datang menyerang, tak tahu nak explain macam mana.. kalau ikut hati, nak dikupas tempurung kepala dan letak ice.. ishhkk kenapa la Migrain menyerang? Jawapan untuk diri aku?? sebab "masa aku dah time" dan jugak, aku berhujan gara-gara memetik buah dalam hujan.. tapi.. kenapa la MIGRAIN?????



Jom la blajar-blajar pasal salasilah migrain ni... Migrain ni dalam artikel katanya dikenali sebagai hemikrania, iaitu perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak... atau pun dikenali sebagai vascular headache... alamak aper tuh?? Migrain ni lagi katanya adalah Sakit kepala yang macam berulang, berdenyut-denyut selalunya jadi kat sebelah kepala jer... mmm betul betul tuu kalau aku, biasanya belah kiri.. Ada juga yang bermula kat sebelah kepala, lepas tuh baru pelan-pelan dia melarat ke dua-dua belah kepala. Ada kes yang lagi teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Kenapa laaa terjadinya MIGRAIN???

Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa dan mengapa?? masih belum dikenalpasti. Tapi, menurut kajian pakar-pakar yang bertauliah la kann, ada beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku:
  1. Keturunan - Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

  2. Pemakanan - Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto, eii aku kalau masak, memang NO MSG PLEASE.. rosak rambut, rosak hati, rosak lidah, habisssss semua), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

  3. Hormon - Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun seperti; Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung; Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid... (OOooo sangat aku la niiiiiiiiiii); Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain ; Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

  4. Cara hidup - Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

  5. Pengambilan ubat. - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.

  6. Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

  7. Perubahan cuaca. (kalau aku terkena hujan, maka, nantikan aja migrain datang singgah pada malam harinya.... scaryyyyyy)

  8. Cuaca terang matahari atau lampu... (Berjemur tengah panas pun menyumbang jugak..)

  9. Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

  10. Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (Ni macam kawan aku a.k.a adik aku sorang tu.. asyik pening kpala 24jam, dah tu rabun pulak, tapi tak nak pakai glasses konon tak hensem.. apa taknya, 25jam ngadap PC PC PC..)

  11. Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (Kalau experience diri sendiri, kalau menangis, confirm aku akan migrain!!)

  12. Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

  13. Merokok. (Tak la pernah aku merokok, tapi selalu hirup asap rokok....)
Macam mana pulak cara-cara nak merawat MIGRAIN ni pulak?????


Kalau Rawatan tanpa ubat-ubatan..
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (Oooo baru aku tahu.. so lepas ni.. less and less sodium chloride ya).

  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan. Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

  3. Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

  4. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

  5. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain... (Kawan aku pernah tido dalam almari okay...)

  6. Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

  7. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua dulu-dulu kata, kalau kita nak mandi, basahkan bahagian bawah dulu yakni kita mulakan dari kaki, lepas tu naik sikit ke badan pulak dan lepas tu terus ke kepala time kita mandi mungkin juga berkesan.... cuba je laa kan..tak rugi pun ikut petua ni..
Rawatan menggunakan ubat-ubatan


  1. ubat pemberhenti migrain - Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain. 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin. Isometheptene.
    Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

  2. ubat melegakan migrain - Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.
Selagi boleh elak, aku elakkan dari makan ubat-ubat ni.. melainkan kritikal... Nasib jugak aku jarang kena MIGRAIN, kecuali kalau dah sampai masa setiap bulan dia nak kena, maka tak dapat di elakkan juga.. Tapi Alhamdulillah, MIGRAIN yang datang, tak pernah sampai ke tahap kronik, macam setengah kawan-kawan yang lain.... Hmm dah nama pun manusia, maka, aku anggap semua penyakit yang datang tu, ujian dan dugaan dariNya......

Sunday, July 20, 2008

Pine Bark Extract?

Pine Bark?? Kulit pokok pine??? Memang pun... Tapi, kenapa nak kena makan kulit kayu pulak?

Okay laa.. Ekstrak kulit pokok pine ni kalau nak tahu la kan, merupakan anti oxidant yang paling mujarab dan sangat popular kat US! Pine Bark Extract ni jugak merangsang kesan Vitamin C dan E ke atas kulit.

Pine bark extract ni merupakan supplement terbaru dan paling efektif untuk anti-oxidant, dan lagi katanya, telah terbukti sangat berkesan untuk proses penyembuhan dan tujuan pencegahan.. Tak perlu lah makan kulit kayu yang berkeping-keping tuu.. sebab, yang aku makan ni dalam bentuk pill pun... gila nak makan kulit kayu gitu gitu ajer??

Kalau korang rajin nak baca background Pine Bark Extract ni.. lusuri laa http://www.answers.com/topic/pine-bark-extract
Kalau kat pasaran Malaya, aku tak sure apa brand yang ada, tapi aku beli kat GNC, brand MASQUELIER's - LAC

Selalunya, orang mengamalkan Pine Bark Extract ni sebab nak kurangkan risiko penyakit jantung, strokes, kolestrol dan jugak masalah peredaran darah. Selain tu, Pine Bark ni digunakan juga untuk merawat masalah urat bengkak dan masalah pembuluh darah.. pastu, kajian dorang kat sana tu laa kata, Pine Bark ni juga digunakan untuk merawat penyakit sendi, symptoms of PMS (baguss sangat laa untuk orang pompuan) dan juga menopause (untuk mak mak kita). Pine Bark juga menyihatkan mata! (Mana tau kot aku dah tak yah pakai glasses bila driving g ke kan)

Ni Part favourite.. Pine bark extract is highly recommended to improve the health and smoothness of the skin.. Ye ler aku ni kan ke alergik, jadi aku sangat memerlukan supplement yang macam ni, tapi bukan la untuk masalah kulit yg macam aku ni je, pine bark ni juga merawat kulit rosak akibat overexposure matahari...
renung-renungkan.....

Saturday, July 19, 2008

Doktor Anand kata.....

Doktor Anand kata, Semua perempuan mesti pernah alami PMS. Aku pun rasa jugak sebab kawan kawan aku pun sama.... Kawan baik aku pun sama gak. Sapa Sapa Pun. Boss Aku pun kadang kadang PMS tak tentu pasal. Tapi, kadang-kadang, PMS dah jadi "bahan" pada orang yang mood swing. Macam kawan aku jugak. Dia baik. Tapi Mood Swing. Tapi tak PMS. Tapi orang kata dia PMS. Tapi dia pun kata dia memang kadang-kadang ada moody. Okay. Tak per. Yang penting, dia kawan aku.

Bila PMS berlaku? Ujian pada diri aku sendiri. Kalau aku. PMS berlaku seminggu atau 2 minggu sebelum masa dah time! Tapi, PMS hilang bila time dah masa! Kenapa PMS eh? entah. Dalam buku, dalam artikel, doktor kata hormon. Mungkin jugak. Tapi PMS aku. Sangat tak ketara. Aku bukan moody. Aku bukan mood swing. Jarang. Tak pernah. Kekadang ada la.

Doktor Anand kata. orang perempuan yang ada simptom PMS yang teruk, sebab, badan dia tak terima khasiat makanan yang baik, yakni, diet tak seimbang. Aku tak diet. Aku makan makanan seimbang. Aku diet Protein. Aku tak amik Carbs je. bukan tak amik langsung. cuma minimized kan je. Doktor Anand kata lagi, kalau aku alami PMS yang kronik, kena minum susu banyak-banyak. Doktor Anand kata, nak elak PMS, kena amalkan Vitamin E, B6, Multivitamins, Magnesium dan yang paling penting Evening Primrose Oil... "Very Very Good" kata Doktor Anand lagi..

Kesan lain, lepas experiment, simptom PMS..

1. Jerawat!!!!!
2. Swollen Breast
3. Sudah nak tidur
4. sakit perut
5. kalau tak Sembelit, dia Cirit birit
6. kekadang tak ada selera makan
7. kekadang selera makan melampau (aritu aku jadik kronik berselera!!!)
8. Letih
9. Sakit sendi atau kekadang sakit otot (aku tak pernah kena...)

Post Period pun ada PMS? Memang ada... kalau ikut logik, mesti laa sebab darah badan kita berlaku pertukaran... heh heh ye ker? aku rasa laa... lepas tu, badan rasa panas... selalunya, aku minum susu banyak banyak.. dan swimming... lepas tu, aku rasa sihat, best, nyaman dan aman....

Thursday, July 17, 2008

Cherry vs Strawberry

Arini.. berjalan membeli buah-buahan kat mont kiara flea market... mmm buah kiwi? 7 biji rm10.. entah murah ke mahal aku pun tak tahu sbb slalu bonda ngan ayahanda yang shopping.. aku tau makan je... mmm buah epal fuji.. dap gak tapi.. manis laa..... tetiber.. ehh sebungkus rm20.. merah menyala warna nya... kaler favourite aku pulak... berkilat pulak tu... cherry!!!... hmm beli je lahh... "very sweet maa amoi" katanya si penjual buah tu dalam bahasa omputih pada aku...... tak per kata aku.. masam pun i loiikkeee.... Verryyyy Cherryyy...

Kenapa aku suka makan Cherry?? bukan cherry yang dah proses.. tak sedap... yuckss!! rasa ubat batuk!!.. Mesti yang fresh....

1. Cherry nih antara buah yang menurunkan berat badan.. sebab kandungan air dia tinggi!
2. Cherry antara buah yang dijadikan rawatan untuk melawan kanser!
3. Cherry ni anti oxidant yang baik, pastu dia "mop up" radikal bebas! (Radikal bebas ni, merupakan molekul yang tak stabil, yang akan merosakkan sel2 sihat... dan jugak.... akan mempercepatkan proses penuaan!!!!! Isshhkkkk)
4. Cherry ni, mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Bioflavonoid, Elagic Acid, anthocyanins, melatonin
5. Cherry mengelakkan penyakit jantung
6. Cherry mengurangkan simptom berkaitan Fibromyalgia Syndrome
7. Cherry mempertingkatkan fingsi physiological dan mental
8. Cherry nih, tinggi potassium, rendah sodium
9. Cherry nih, rendah kalori, rendah lemak, tinggi kandungan air!

Okay... Aku Jalan lagi.. jalan lagi... jalan lagi.... mmmm earingss 2 ringgit... mmm banyak dah kat umah tapi jarang pakai pun.. sebab aku tak suka pakai sangat.. rimas... kekadang kalau datang mood ngada-ngada.. okay lah jugak.. mmm gerai buah lagi..... haa strawberry! besar-besar... rm12.. okay nih kot... mm sedap laa kan.. nak tukar selera sikit... semalam, semalam punya semalam, kelmarin, kelmarin dulu.. aku makan durian, manggis, durian, manggis............ arini, esok dan lusa, aku makan cherry & strawberry pulak......



Strawberry sedap... dan banyak sebab kenapa aku makan strawberry walaupun masam dan kekadang sangat masam.....Strawberry mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi, agen anti-axidant yang sangat baik! Strawberry jugak, melawan radikal bebas, yakni, melindungi sel-sel sihat dalam badan kita laa.. Hah.. jangan tak tahu okay, Strawberry nih mengandungi Vitamin K (untuk pekatkan darah kita, dan untuk kesihatan tulang) dan manganese, folic acid, riboflavin, Vitamin B5, B6, copper, magnesium dan jugak omega 3 fatty acid! Tapi tu laa.. Strawberry nih, tak tahan lama, dan dia cepat buruk, busuk dan lembik.... sentiasa kena sejukkkkk je..!

Wednesday, July 16, 2008

kisah vitamin harian ku..

Ingat lagi dulu, aku sekolah pagi, sebelum g skolah. kena paksa breakfast. kalau tak, brain tak function. tu bapak aku kata. mak aku pun kata.
Telur sparuh masak 2 biji, roti bakar dengan milo panas or susu.. lepas tu, kena makan vitamin. Bosan nyer nak makan vitamin.. tak suka sangat.. banyak pulak tu.. vitamin A, B Complex, C, vitamin E, pastu calcium magnesium, garlic.. Tapi kena makan jugak. Nasib tak pahit. Aku okay je.
Bila umur 15thn. tambah pulak satu lagi... iaitu Evening Primrose Oil.. kekadang.. aku tak makan tapi aku letak semula dalam botol... sebab? besar sangat. susah nak telan. tapi mmmm tapi tu semua dah berlalu. sekarang ni, semua dah berubah, jadi lain.... supplement tu, penting...!! memang penting..!! Bila dah kat U, aku mula kisah. Sebabnya? banyak orang cantik di keliling aku. tengok kanan, perempuan cantik, tengok kiri perempuan cantik, tengok depan, aku nampak aku.. Macam berisi. Macam entah. Macam budak laki. Macam comot. Tapi comel sikit. Lepas tu, aku rasa, yang aku ni, macam tak cukup vitamin agaknya. Tapi, apa kena mengena? Tapi, tu la mulanya aku start jadik ala ala health conscious sangat. Dari weight dan ke health..
Sekarang ni, aku makan semua vitamin-vitamin yang penting.. yang aku rasa penting. yang penting untuk aku, sebab; Aku tak nak tua sebelum waktu!!!! nak muda muda muda dan muda... Aku nak rasa sihat dan memang pun susah nak kena penyakit.. Alhamdulillah... (termasuk sakit hati....), Metabolism terasa tinggi.. jarang penat, letih.. Walaupun aku ada alergik, tapi Alhamdulillah.... aku belum lagi, kalau boleh aku tak nak laa di datangi penyakit2 lain...
Banyak lagi laaa kebaikan-kebaikan yang susah dan payah nak dinyatakan disini.. Tapi, evening Primrose Oil (EPO) merupakan antara vitamin yang paling bagus untuk orang perempuan.. sebab kandungan Gamma Linolenic Acid (GLA) yang ada dalam EPO tuh.. korang pegi la mana doktor pun, mesti sarankan amik EPO.. Meh aku senaraikan antara kebaikan EPO, yang aku amik dari artikel2 dalam internet ni...


1. Premenstrual Syndrome (PMS) - kandungan dalam EPO mampu hilangkan bengkak pada bahagian abdomen dan rasa tak selesa pada breast.. serious okay..!! lepas tu, EPO jugak kurangkan rasa tak best waktu period dan tekanan, moody ke mood swing semua lah.. kira kesimpulannya, control hormon kita..

2. Untuk masalah kulit, eczema dll -Amalan EPO dan Fish Oils but kena ikut arahan doktor untuk rawatan eczema psoriasis (sejenis sakit kulit, mmm cam ner nak explain eh.. dia tompok2.. merah2.. mm bukan kurap..)..

3. Cholesterol dan juga Blood Pressure – EPO membantu mengurangkan kandungan kolestrol dan tekanan darah kita tapi bukan sekadar amik sehari dua je... kena amalkan hari2, minggu2, bulan2, tahun2..

4. Rheumatoid Arthritis – sufferers have discontinued use of non-steroidal anti-inflammatory drugs after supplementation, but it is more effective when taken in conjunction with fish oils.
5. Alcoholism – may make withdrawal easier, and reduce post-drinking depression.
6. Immune System – low levels of essential fatty acids may stop the action of interferon, and body’s natural virus killer.
7.Other conditions – Obesity, Benign Breast Disease, Childhood Hyperactivity and Schizophrenia have all been shown to be helped by EPO supplementation.


Pill dia?? memang la besar sikit dari pill2 yang lain... lagi soft gel... senang nak telan.. Macam kat pics sebelah ni... jangan gigit!!! rasa dia.. yuckkkkk tak sedap.. tak best!!! Tapi.....................
Nak sihat.. kena laa berkorban skit.. Kalau sedap, bukan ubat la namanya. Kalau nak sedap memanjang, kesannya tak nampak sekarang, tunggu lagi 4, 5, 10 tahun? semua kendur, belum sampai waktu, dah lesu. Belum sampai masa dah sana sini bisa bisa. Aku tak nak tu. Selagi larat, selagi tak sakit, jaga apa yang patut. Itu orang tua tua kata. Aku ikut je....

Tuesday, July 15, 2008

Cinta Pandang Pertama!!!

Dari Robinson ke Pavilion.. Dari Pavilion ke StarHill.. mmm belum ketemui.. lalu meredah traffic ke OneUtama.. masih tak ketemui... sempat lagi nih.. tekad dan nekad aku merentas benua ke KLCC pulak.. Hmmm Habis semua shopping mall aku jelajah bak le tour de shopping mall.... Rasanya 2 bulan lebih dah aku ngomel nak beli bag..nak beli bag.. tapi tak beli-beli lagik.. sampai kekawan aku sebatalion umpama hantar rombongan meminang teman aku mencari bag.. tapi?? gagal jugakk.. dari satu butik ke satu butik.. semuanya tak impress aku.. ishhkk aku idak ler cerewet tapi.... aku suka pada "cinta pandang pertama" maka dari mata turun ke hati.... haa bila situasi itu berlaku, barulah proses jual beli berlaku... tapi?? bag yang aku nak??? tak dapat dapat lagi.....

Tapi arini... memang aku jatuh cinta pandang pertama! Merah memang favourite kaler selain hitam dan putih... "gorgeous, handsome, cute" betul!! Merah, quite bulky la jugak but niceeeeee.... lalu, aku pun decide nak beli but not today laaa.. nak window2 lagi kot-kot jodoh kat tempat lain ke kan... dan aku pun melangkah keluar dari butik ituuu.... tapi.. ye laa macam orang jatuh cinta pandang pertama.... sekali aku langkah, sekali "kehandsome-an" bag tu datang kat mata, sekali aku melangkah... aku teringat kat dia.... lepas tu aku bermonolog.. "rugi kalau terlepas kat tangan pompuan lain.. nyesal aku kalau aku lepaskan".. Ishhhkkkk tak leh jadi nihh... apa lagi, nekad kan hati, kuatkan iman, aturkan langkah dengan penuh confident bak miss world nak g amek crown.. aku pun masuk balik butik tuuu... maka hari ini dengan rasminya, aku sudah ada buah hati baru, cinta pandang pertama aku.. berwarna merah...
Love You my honey bunny kaler Merah!!!!

Monday, July 14, 2008

Semangat Untuk Merembeskan Peluh!!

Sejak dah ada futsal court, netball court, volleyball court smua... bersmangat betul kawan aku yang suka makan nasi berlaukkan kari ni nak merembeskan peluh... aku memang suka betoi xtvt2 rembesan peluh ni.. jadik, kononnya, bermula esok, aku dan kekawan akan bawa baju sukan setiap hari ke opis.. abih je keja.. apa lagik... sukan time lah... heh heh jangan hangat hangat taikk ayam candu dah laaa......

biasa laa... aku kalau menulis, tanpa menyertakan fakta-fakta dan informasi yang berguna untuk menaikkan semangat kurus dan semangat hidup yang sihat, maka bukan aku lah nama nyer... heh heh heh....

bercakap mengenai rembesan peluh ni, atau senaman ni... aku nak citer pasal senaman kardiovaskular dulu.. Senaman kardiovaskular ni termasuk berenang, berjalan kaki, berbasikal, berskipping.. dalam seminggu, kita kena buat latihan kardio ni sekurang-kurangnya 2-3 kali, dan setiap latihan lebih kurang 20-45min.. (tapi berenang, ikut laps..) Masa maximum 45min sebab.. ATP (Adenosine Tri Phosphate) dalam badan kita akan meningkat dan ia menyebabkan badan kita mula berasa letih pada minit ke 45... Jadik, lepas 45min, ia tidak lagi membakar lemak tetapi ia akan meningkatkan ketahanan sistem kardiovaskular kita je laa.... Jadi, mengikut perkiraan dan percaturan aku, cukuplah 20-45min sahaja masa senaman yang diperlukan untuk menguruskan badan...apa fungsinya pada badan kita? okay, latihan kardio ni, adalah untuk melatih otot-otot jantung dan paru-paru selain membakar lemak dalam tubuh kita..

Lagi 1, peluh ni, memang baik untuk kesihatan kita.. sebab,

  1. waktu badan kita mengeluarkan peluh, jantung kita lak tengah bekerja kuat untuk melancarkan perjalanan darah, maka jawapannya disini, peluh akan meningkatkan sistem kardiovaskular kita

  2. Imun sistem kita pun bertambah kuat..

  3. Peluh ni pun tolong buang toksid dalam badan

  4. Peluh ni membersihkan kulit jugakkkk...

  5. Peluh pun mengurangkan berat badan.. mengurangkan kolestrol, dan buang selulit

Lepas ni, aku dah tanam semangat untuk mengeluarkan peluh hari-hari gak laa .. mana tau.. kot-kot alergik aku ni boleh hilang ke kan.. Isnin main Futsal, Selasa main Netball, Rabu main Futsal semula.. khamis main badminton ke.. Jumaat?? mmm Jumaat main kejar-kejar pun best gak... ehh mmm okay gak...

Sunday, July 13, 2008

"DIA" YANG SEMPURNA..

Dah hampir 2 tahun "DIA" tak datang menjenguk.. apatah lagi menjengah.. lepas "kekalutan" hidup aku tinggalkan.. bererti, "DIA" aku buang jauh-jauh seketika. Bukan aku benci "DIA" tapi aku nak reset button aku supaya semua jarum jatuh ke zero. Beberapa bulan je lagi, genap 2 tahun, takkan aku nak biarkan masa berlalu? Tapi, kalau difikir logik, takkan aku nak pi cari "DIA"? Ishhk tak ada maknanya.. very not me lah pulak. Tapi, kalau aku asyik dok "very not me" maka, kesimpulannya, mungkin berlarutan hingga bertahun-tahun-tahun-tahun lamanya... mmmm sepinya..

Kat mana aku nak cari "DIA"..? kata orang, rezeki tak datang bergolek depan mata kalau kita tak berusaha, bagi aku, kalau nak cari rezeki memang la kena berusaha, melainkan pada yang kurang berkemampuan, dan yang tak ada daya upaya langsung, memang la kita yang kena golekkan depan mata dorang... tapi sekarang ni aku bercerita tentang "DIA", yang memang lain, unik, paling berharga! Aku pulak, jenis yang tak mudah untuk menerima "DIA", tak mudah jugak untuk mengaku aku menerima "DIA", dan, tak mudah untuk memiliki "DIA" sebab? "DIA" pernah sentap jantung aku sampai nak terhambur isi perut aku, seketika dulu, sampai aku fobia dan trauma untuk menerima "DIA" lagi.. Tapi, kenapa sekarang aku cari "DIA"? sebabnya, aku sepi.

Ada Orang kata, "DIA" tu buta. "DIA" tu gila. "DIA" tu menyakitkan. "DIA" tu mengelirukan. Maka dipendek dan dipadatkan.. "DIA" tu berpuaka la..

Tapi bagi aku "DIA" tu SEMPURNA, tak ternilai, terlalu berharga, paling eksklusif, hanya untuk yang terpilih dan bukan sewenang-wenangnya di kongsi pada 2 atau 3 manusia. "DIA" hanya untuk yang satu, selepas yang MAHA ESA.
Andainya, tiba-tiba "DIA" datang lagi dan singgah menjenguk aku, mungkin, itu yang terakhir kali, sebabnya? Di mata aku, "DIA" memang begitu indah.."DIA" juga adalah darahku, lengkapi diri aku, dan dia begitu sempurna..
Sama ada "DIA" akan datang menjengah atau menjenguk, itu urusan yang ESA..
"Dia" tak bisa di sentuh.. tapi bisa dirasa...
"Dia" begitu sempurna..
Kerana "Dia" adalah C.I.N.T.A

To be continued..

Friday, July 11, 2008

Once in a blue moon...

Isshkk kejadian ni jarang benar berlaku.. Pagi tadi aku makan sepinggan penuh nasi goreng, ni tadi jap ni, aku baru lepas makan 3 ketul tah apa nama nyer tah yang ala2 yong tau foo.. yang disumbat dalam vege... dan aku makan 1 goreng pisang dan 1 kuih kacang.....

Kenapa aku rasa lapar je ni??

Yang aku tau, bila rasa lapar ni datang, selalunya ada beberapa kaitan dengan beberapa benda.. satu, bila tahap glukos dalam badan kita terlalu rendah, kita akan rasa lapar dan menggeletar.. satu sebab lagi adalah PERUT KITA. Perut kita ni bila dah biasa terima kuantiti makanan yang banyak, jadi bila tetibe kita tak makan pada jangka waktu yang lama, perut kita akan mengecut atau mengecil... jadiiii satu signal akan dihantar ke otak.. yang membawa perkhabaran, "makan time"..!!

Selain tu, kita buleh rasa lapar bila ada gangguan-gangguan luar gak seperti... bau-bauan dari meja orang sebelah ke.. atau bau enak dari restoran ke.. atau ternampak iklan makanan kat TV or magazine ke.... kan kan??

Ada lagi.... Lapar bukan semata-mata untuk memenuhkan perut je... ada jugak untuk menenangkan fikiran jugak... tak caya?? betullll... biasanya bila orang tu tension, sedih, kesepian, marah, rasa LAPAR akan datang dan kekadang jadik luar biasa..

Tapi, nafsu makan yang menyerang aku sekali sekali ni, jarang betol berlaku. Tambahan lak, bila nafsu makan aku ni berlaku di depan mata kawan-kawan aku.. terkejuit gak la dan heran gak la dorang kannn... Memang la aku tenagh menyesal sekarang ni sebab sekarang nih, dalam perut aku mengandungi lebih kurang 200gm nasik yang mengandungi carbs, dan kuih muih yang jugak ada carbs!! Tapi, untuk menenangkan jiwa dan hati aku, aku dah tetapkan..... Ahad ni, aku workout kaw kaw...!! Mmmm esok pun hari "makan" jugak sebab aku & the geng akan ke Eco Resort untuk menyantap buah-buahan....?? tapi buah tak apa kot.... tapi durian tinggi kolestrolnyaa.. mmm mcm maner ek??

Durian ni, tinggi kandungan gula, vitamin C dan potassium (ada dalam pisang gak), karbohidrat, protein dan lemak (hah?? lemakkkkkkk???). Tapi yang aku tau, durian ni, tak boleh makan banyak-banyak.. sebab aku pernah terbaca article dari Discover Magazine, ada sorang pompuan ni, gara-gara makan durian banyak sangat, dia punyer kidney problem a.k.a renal failure... sebab apa leh failure? sebab over dose potassium.. jadik?? kesimpulannya, aku hanya akan makan beberapa ulas je... lagipun aku bukan hantu durian sangat pun.... tapi Manggis memang No.1 dan King Of Fruit bagi aku!!!

Thursday, July 10, 2008

Nak Pi Dusun!!

Ahh musim duriannnnnnn udah tiba.. aku idak ler suka bebenor durian ni.. tapi, makan ler jugak.. nak makan banyak sangat aku risau kekalau kolestrol ternaik lak.. tapi Manggis memang feveret aku.. mmmm seguni pun aku rase boleh gagah kot........


Manggis atau dalam bahasa omputeh mangosteen, bukan setakat sedap je.. banyak pekdahnya manggis ni pada kita... ada yang kata manggis ni "Queen of Fruits" kat Asia dan jugak "Food of the Gods" kalau kat French Caribbean... ternyata besar benar penangan buah manggis yang hitam legam nih ekkk ... nih aku dah senaraikan semua tentang kebaikan buah feveret aku!

1. Anti-penat (energy booster atau menambah tenaga)
2. Anti-radang, bengkak yang paling power sekali! (mengelakkan bengkak, radang)
3. Analgesic (prevents pain)
4. Anti-ulcer (elak ulser perut, mulut dan usus)
5. Anti-depressant (low to moderate)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect, kurangkan keresahan la kot?)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia-masalah pelupa)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... Manggis ni berkebolehan melawan dan membunuh sel-sel kanser)
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - membantu meningkatkan sistem imunisasi
10. Anti-aging (anti penuaan.. yahoooo!)
11. Anti-oxidant
12. Anti-viral (anti virus)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections)
15. Anti-seborrheaic (mengelakkan sebarang penyakit kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (Lindung jantung kita)
19. Hypotensive (blood pressure lowering)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, membantu mengurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (membantu mengurangkan berat badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis)
23. Anti-osteoporosis (membantu mengelakkan tulang daripada reput)
24. Anti-periodontic (mengelakkan penyakit gusi)
25. Anti-allergenic (mengelakkan alergik, mm sesuai untuk aku nih)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones)
27. Anti-pyretic (mengurangkan demam)
28. Anti-Parkinson (Lan, cuba makan manggis, mana tau leh baik "habit" tu????????)
29. Anti-diarrheal (mengelakkan ciritssss biritsss.. nih sesuai untuk kawan aku AIN)
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (mengelakkan glaucoma, atau penyakit mata laa)
33. Anti-cataract (mengelakkan cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body



Aduuuuiii.... banyak nnyerr pekdah-pekdah manggis nihhhh.... aku sebelum ni tak pulak tau yang manggis ni bagus rupenyer..... selalu aku belasah je makan sebab aku suka btoi rase manggis yang masam manis ...mmmm sedap nyer la haiiii...... Esok, Jumaat pas kawan-kawan se"opis" abih "kerja" dia.. kitaorang nak naik ke utara... pi dusun kat salah sebuah negeri yang kaya dengan buah buahan.... ada orang nak sponsor resort & makan buah sampai kenyang.. rezeki jangan di tolak, msuh jangan di cari... kata orang tua-tua... Maka, aku ikutkan je....

Sunday, July 6, 2008

Tips to Reduce Your Appetite and Feel Fuller on Less

by Candida Martinelli


  1. Replace your dishes with smaller dishes. This is both a psychological trick and a practical one: you still feel like you have a full plate of food, but you fit less food on a smaller plate.
  2. Drink a large glass of water (bubbly water fills you up more) before you sit down to eat.
  3. Try not to drink during the meal, which can make you eat more.
  4. Spice up your food. It's no coincidence that the spiciest food comes from the poorest areas of the world, where they have to feel fuller on less. Spicy foods make you feel fuller. If you can't eat spicy foods, settle for more flavorful foods. Strong flavors satisfy the taste buds, which signal to the appetite that it's being satisfied. Use plenty of herbs and non-hot spices, salt or salt substitutes, onions and garlic.
  5. Eat slowly. This is a common suggestion, but it rarely comes with practical tips on how to do it, other than to force yourself to chew a certain number of times before swallowing. People sitting around a table counting their chomps is a big dampener on table conversation, to say the least. So here are two practical suggestions: reverse your eating hand (right to left, left to right) but be careful not to put the fork through your cheek (!), and put on some soothing music to accompany the meal.
  6. Serve up your plate with the correct portions. Do not place platters of food on the table.
  7. Decide what quantity each person should eat, and serve it up in the kitchen. If people object, ask them to think of it this way: platters of tempting food on the table is cruel for those who can't permit themselves to eat much.
  8. Check the proportions of your food: vegetables should take up more space on your plate than your main protein or starch source. Vegetables have high nutritional value, low calories, and they can make you feel fuller than protein or starches. They're bulky, full of fiber and water, a combination that makes you feel full.
  9. Restrict yourself to only one dessert a week. Not so long ago, dessert was a Sunday treat. That's a good tradition to recover. If you crave sweets at the end of a meal, try nature's candy: fruit. A dish of fresh grapes, or peaches, or strawberries, or watermelon, for example, is just as satisfying to the sweet-tooth as high-fat and high-calorie desserts.
  10. Set a nice table. When a meal feels special, even if the quantity is small, the experience is more satisfying. Use place mats or under-plates or a table-cloth. Decorate the table with fresh flowers or candles. Use special tableware and glassware for the most humble meal, even when you eat alone. If you can't pamper yourself with an abundance of food, pamper yourself with all the other aspects of the meal. And that includes good company and good conversation!

Suka aku baca article-article yang menaikkan semangat kurus aku!! heh heh... semoga memberi pengajaran dan pelajaran...

Wednesday, July 2, 2008

Body Mass Index??

berbelas2 tahun dulu.. heran tol aku apa aarr BMI atau Body Mass Index tu.. tapi sejak aku pernah ter"chomey" seketika waktu kat "uni" dulu... aku terminat lak nak tau apa ke benda nyer BMI tu...
Okay.. sikit laa tentang BMI ni.. sapa suka baca, baca laa.. sapa yang buhsan.. xyah baca ehh??? BMI atau Body Mass Index (dalam bahasa melayu, indeks jisim badan) ni sebenarnya adalah pengukuran komposisi badan kita.... atau formula untuk menilai berat badan kita.. haa sesuai atau tidak dengan ketinggian kita.. dan BMI jugak secara tidak langsung menilai jumlah lemak yang terkandung dalam badan.. dengan formula BMI, kita boleh la menganggarkan kesesuaian berat badan berdasar ketinggian kita... haa best tak? giler la kaannnn aku selalu kira BMI aku brapa walaupun aku ni underweight!!!!


1. Memula, korang kena tau berapa berat badan korang dalam kilogram
2. Lepas tu, pi ukur berapa tinggi korang dalam centimeter lak...



Formula nak kira BMI badan kita;


berat badan korang dalam kg
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tinggi (m) X tinggi (m)


haa... dah?? lepas tu, korang bandingkan la berapa jumlah hasil kali bahagi tu dengan carta kat bawah ni..

Kurus : Kurang 20.6
Normal : 20.7 - 26.4
Gemuk : 26.5 - 30.9
Obesiti : 31.0 - 45.2
Bahaya : Lebih 45.3


So, berdasarkan carta kat atas ni, korang leh tau yang korang ni terlalu kurus atau terlalu gemuk.. tapi, jangan sedih kalau jawapannya mengecewakan korang... berat badan kita boleh diturunkan kalau korang bersemangat dan betul-betul nekad..!!!! (aku pernah "chomey" dan aku tau perasaannya..)

Tapi, apa-apa pun lah kan.... bagi aku, kurus ke.. gemuk ke, yang penting HATI TAK BUSUK... JIWA TAK KACAU..