Tuesday, June 24, 2008

AKTIVITI MERANGKAP HOBI..

Selain SHOPPING, aku memang suka berenang.. gila berenang.. aku join jugak gym.. masuk kelas capoeira, kelas menari semua untuk exercise tapi, aku rasa, jiwa dan raga aku memang hanya berenang laa.... dulu kalau nak diikutkan, sumpah, aku memang takut air.. takut air masuk telinga, takut air masuk idung, takut tertelan air... tapi.. yang aku takut tu la akhirnya jadi kegemaran aku sampai ke la ni haa... Bila orang cakap "ha? u berenang? nanti badan u besar la".. ada lak yang cakap.. "nanti bahu u jadi macam pemain rugbi laa".. alahaii... ye ker?? kalau dah silap teknik, salah cara, memang boleh besar.. tapi aku ikut cara aku... so far, aku tak la besar sangat.. mmm tak besar pun.. sedang sedang je lah kot

Topik kali ini nak cerita sikit lahh pasal berenang ni. Aku memang selalu berenang, untuk elakkan bahu aku besar macam pemain rugbi, aku elakkan buat "free style" dan aku hanya buat kuak dada ataupun kita panggil berenang katak.. Kenapa aku hanya buat kuak dada a.k.a berenang katak??
1) sebab aku memang tak suka kalau bahu aku jadi lebar
2) sebab dengan kuak dada, sekali gus akan mengempiskan perut dan tone kan perut
3) keraskan bahagian paha
4) tonekan bahagian lengan (supaya tak gelebeh...hehe)


Jadi, aku tak heran sangat nak bergaya bebas. Memang seronok kalau pandai berenang. So, kepada sesiapa yang belum tahu teknik-teknik berenang yang betul, ringan-ringankan diri mendaftar dimana-mana kolam renang.. atau suruh la kekawan yang pandai berenang tu ajar.. Tak kiralah braper umur kita pun, jangan segan. Tetapkan MATLAMAT kita.. Ada yang malu sangat nak masuk dalam kolam renang tu.. macam la orang lain nak tengok sangat body kita ni.. macam laa orang nak tengok jenama apa baju renang kita ni... ishhkk tak ada maknanya.. Ada yang memang tak tahu langsung nak berenang.. memang laa.. dulu aku pun sama gak.. memang tak reti langsung langsung.. tapi, perkara yang paling penting untuk belajar berenang adalah.... korang mesti kena ada pakaian renang yang lengkap dan selesa untuk korang, lepas tu, goggle paling penting, sebab kalau korang tak ada goggle, korang takkan ada confident dalam air.. ye laa gila nak bukak mata lelamer dalam air berchlorine tuh?? haa bila dah ada semua tuu maka korang dah bersedia untuk berada dalam mana-mana kolam berchlorine..

Tapi, apa benda yang paling penting sebelum belajar teknik berenang????? jawapan aku pada semua yang berhajat nak belajar berenang adalah "CARA PERNAFASAN DALAM AIR" .. haa serious.. sebelum korang nak berangan dengan teknik-teknik berenang, belajar dulu breathing.. senang je... ingat ni je.. DI LUAR AIR INHALE IKUT MULUT.. BILA SELAM, EXHALE IKUT HIDUNG.. ulang banyak-banyak kali... dalam air bukak ler mata korang.....

Jomlah aku nak citer sikit tentang Berenang yang bagi aku merupakan senaman yang paling berkesan, paling ideal dan paling bagus. Berenang ni merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja... tu pun, kalau orang perempuan banyak sangat berbasikal, tak kisah samada anda buat di gym atau berbasikal di taman ke, lama-lama, bahagian otot paha anda dan betis akan membesar... so, orang pompuan, kalau exercise, jangan la rajin sangat nak mengayuh ye?? lepastu, berjogging pulak??? orang perempuan tak digalakkan berlari, sebab gegaran akan mendatangkan kesan yang kurang baik pada rahim, perut, abdomen kita....

Aktiviti aerobik ni dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress. haa jadik, secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Sebab apa? ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan di air adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan... Ini di akui oleh aku sendiri dan aku dah sendiri mengalaminya... punca aku mula jadikan berenang sebagai aktiviti dan sukan utama dalam hidup aku adalah kerana aku pernah mengalami masalah berat badan... berenang memang bantu aku mengurangkan berat sekaligus "sculpting" badan kita..


Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung... Kawan baik aku sendiri, dijadikan bahan ujikaji aku.. dia berenang dari bulan ke-5 dia pregnant, sampai la dah sarat.... okay je.. sihat je.. tak ada masalah dan nak deliver pun senang...

Kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan di air seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis)...


Tanya laa mana-mana doktor pun, berenang adalah senama yang paling selamat untuk semua.. baik kepada perempuan pregnant, warga emas, bayi, kanak-kanak.. orang yang patah tulang pun menggunakan terapi berenang untuk pulihkan tulang... ishhkk cuba laa kalau tak percaya.. dan lagi satu.. berenang ni mengAWET MUDA kan kita jugak.... tak caya?? heh heh heh.....

1 comment:

- Jojoe Ali said...

Jadi, selamatlah kalau nak gi mandi laut ngan kak JR ek? Sebab dengan jujurnya saya ngaku tak reti berenang.. huhuu...