Monday, June 23, 2008

Alergik?? Kenapa aku Alergik??

Rasanya dah hampir lebih kurang 6 tahun aku tak boleh makan ayam, tak boleh makan seafood, telur.. ishhkk seafood & ayam tu merupakan makanan feveret aku sepanjang zaman... tapi tuhan dah tarik nikmat tu.. sebab kalau aku makan, berlaku ransangan tak diingini pada kulit aku, lalu aku secara rasminya Alergik pada makanan yang satu ketika dulu adalah menu utama aku.. Tapi apa itu Alergik??
PERKATAAN alergi ni sebenarnya berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik macam aku ni.. Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu... macam telur yang ada protein dan sebagainye lah

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik (kalau jadi kat aku, akan naik rashes beserta nanah yang menyerupai pimples)... haa part ni kena baca banyak kali sikit sebab susah sikit nak faham..

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.
Makanan yang menyebabkan alahan??
1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan atau kacang
8) Ikan
9) Seafood
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.
11) Ayam - kandungan kimia yang disuntik pada ayam

No comments: