Sunday, May 24, 2009

Weds.. Weds.. Weds..

Penyediaan mental dan fizikal sangat sangat diperlukan untuk buat keputusan.. Apatah lagi kalau satu-satu keputusan tu melibatkan masa depan, pengorbanan, keluarga, hati, perasaan, jiwa, emosi, fikiran, dan macam-macam lagi.. tu belum kira perubahan situasi dan suasana yang bakal ditempuh dan dilalui selepas bertukar status..
Tambah berat lagi, bila keputusan tu, melibatkan sesuatu yang sangat complicated! Bila dah melibatkan hati dan perasaan, dan ada pulak elemen lain yang menyukarkan diri untuk membuat keputusan..erm, itu laaa perkara yang paling susah nak di tempuh!!! Apa pun yang berlaku, semoga sahabat aku yang sorang ni, "Jonah" kekal berbahagia sampai laaaa mati je yang pisahkan dorang.. pengorbanan dan keputusan yang dia dah buat, memang sangat besar.. harap-harap, "Datuk A" menghargai dan sentiasa ingat pengorbanan yang dah dibuat oleh "Jonah" kawan ku ini... Menjadi No.1 pun bukan bererti bahagia selamanya... dan jadi yang ke-2 pun, tak semestinya berakhir dengan derita dan sengsara... Entah lahhhh, semua tu urusan Dia yang Esa.. Hidup mati, Jodoh Pertemuan, semua dah di tentukanNya..

No comments: