Sunday, February 8, 2009

CARBS

Arini nak cerita pasal carbs lah.. Carbs a.k.a karbohidrat ni adalah sumber utama tenaga untuk badan kita jalankan aktiviti sehari harian. Pernah gak aku, pangkah terus carbs sebab angkara carbs, badan gemuk, berat naik, dan sebagainya. Tapi, sebaliknya, carbs nih penting jugak untuk badan kita. Tanpa carbs, badan lesu.. tak bermaya, organ-organ dalam badan pun tak berfungsi dengan baik dan sebagainya..
Nak ambil carbs, mesti kena pandai pilih.. hanya carbs yang "baik" takkan gemukkan kita.. antara contoh carbs food yang baik nih macam sayuran, buah-buahan, whole grain. Tapi carbs yang mudah di digest macam roti putih, nasi putih, donuts, soda dan lain-lain makanan yang sewaktu dengannya akan menyumbang ke arah kegemukan, diabetes dan sakit jantung.... Carbs tak salah kalau nak makan, cuma kena senaman supaya carbs takkan tersimpan dalam badan dan ditukar menjadi glukos dan sebagainya..

p/s : biar apa pun fakta, aku tetap "BIG NO-NO" to carbs heh heh heh...

1 comment:

Skullsplitter said...

lame tk update semenjak busy dgn tranformasi nih. huhu~