Sunday, February 22, 2009

Yang penting HAPPY!

Nak sentiasa nampak sihat, ceria, muda, bertenaga dan perkara-perkara yg sewaktu dengannya.. kena la selalu happy..
Happy a.k.a gembira ni.. bukan setakat paparan luaran je, dalaman pun kena la gembira.. aku memang suka bila di apit kawan-kawan yang bisa buat aku ketawa, biar ketawa sampai bercucuran airmata.. aku suka.. lupa semua benda yang menyedihkan, lupa semua benda yang tak menyenangkan.

Tak dinafikan jugak la, kekadang ada masa yg menyedihkan.. tapi, family is everything la kan.. bila balik rumah, tengok muka kedua orang yang paling aku sayang kat bumi ni, lupa segala masalah.. tambah pulak, bila dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat ambil berat pasal kita, kawan-kawan yang bisa buat kita tersenyum kembali

Tapi sebenarnya aku nak cakap pasal gembira dan ketawa nih penting untuk kesihatan kita sebenarnya..... aku selalu dengar orang tua-tua kata, jangan selalu marah, nanti cepat tua, jangan terlalu banyak bebankan otak dengan masalah, annti cepat tua gak... jadi, apa yg perlu kiter buat?? Hmm kalau aku laa.. memang banyak benda yang kita buat sehari-harian nih melibatkan emosi dan mental.. silap haribulan memang leh tersasar.. Bagi aku la, if kita deal dengan benda yang kita tak suka, cuba reverse psikologi kan diri kita, memula, bebuat la kita suka sangat pada benda yang kita tak suka buat tuh, lepas tu yang ke-2 nya, cuba "cintai dan kasihi" benda yang kita buat tuh, dan yang paling penting bagi aku, apa yang kita buat, mesti kena ada rasa enjoy.. tuh yang paling penting.. dari situ lah mula datangnya gembira, bila gembira, hati pun senang nak buat benda yang pada mulanya kita tak suka tuh..
Apa kena mengena happy dengan soal kesihatan?????????? hisshkkkkk sangat banyak kaitannya..
1. Bila kita gembira, ketawa semua.. kita mengurangkan hormon stress yanga da dalam badan, antaranya cortisol, epinephrine, dopamine dan juga hormon penuaan..
2. bila gembira, kita meningkatkan hormon endorphine dan neurotransmitter, menguatkan antibodi segala macam lah..
3. Gembira dan ketawa memberikan kelegaan fizikal kepada kita... tak caya?? cuba try tgk..
4. Ketawa ni macam senaman dalaman, untuk bahagian perut, bahu dan jugak baik banget untuk jantung kita
5. Ketawa dan gembira ni, membuang jauh pemikiran kita yang sedang dalam keadaan marah, sedih, stres dan sebagai nyer.. ingat.. LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE!

No comments: