Monday, June 30, 2008
Maniac Monday..
Friday, June 27, 2008
Window.. Window....
Tuesday, June 24, 2008
AKTIVITI MERANGKAP HOBI..
Topik kali ini nak cerita sikit lahh pasal berenang ni. Aku memang selalu berenang, untuk elakkan bahu aku besar macam pemain rugbi, aku elakkan buat "free style" dan aku hanya buat kuak dada ataupun kita panggil berenang katak.. Kenapa aku hanya buat kuak dada a.k.a berenang katak??
1) sebab aku memang tak suka kalau bahu aku jadi lebar
Tapi, apa benda yang paling penting sebelum belajar teknik berenang????? jawapan aku pada semua yang berhajat nak belajar berenang adalah "CARA PERNAFASAN DALAM AIR" .. haa serious.. sebelum korang nak berangan dengan teknik-teknik berenang, belajar dulu breathing.. senang je... ingat ni je.. DI LUAR AIR INHALE IKUT MULUT.. BILA SELAM, EXHALE IKUT HIDUNG.. ulang banyak-banyak kali... dalam air bukak ler mata korang.....
Jomlah aku nak citer sikit tentang Berenang yang bagi aku merupakan senaman yang paling berkesan, paling ideal dan paling bagus. Berenang ni merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja... tu pun, kalau orang perempuan banyak sangat berbasikal, tak kisah samada anda buat di gym atau berbasikal di taman ke, lama-lama, bahagian otot paha anda dan betis akan membesar... so, orang pompuan, kalau exercise, jangan la rajin sangat nak mengayuh ye?? lepastu, berjogging pulak??? orang perempuan tak digalakkan berlari, sebab gegaran akan mendatangkan kesan yang kurang baik pada rahim, perut, abdomen kita....
Monday, June 23, 2008
Alergik?? Kenapa aku Alergik??
Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik (kalau jadi kat aku, akan naik rashes beserta nanah yang menyerupai pimples)... haa part ni kena baca banyak kali sikit sebab susah sikit nak faham..
Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.
1) Putih telur
Sunday, June 22, 2008
Kehilangan..
Hari Jumaat petang, aku pi tgk dia.. nampak stabil, Dr masukkan drip, and Sabtu, 21hb.. Dr nak remove kaki kiri dia & masukkan besi kat kaki kanan... tapi chances?? 50-50.. Tapi hati aku macam confident yang Achik akan okay..
Lagi dugaan.. pagi tadi, Ahad 22 June.. Dr call.. Achik mati pukul 7 pagi tadi.. Aduhhh.. sedihnya aku.. Terus aku pegi amik Achik, bawak balik rumah dan tanam dia... Lepas ni, aku rasa macam tak nak dah bela kucing.... sedih dia macam aku kehilangan manusia..
Apa-apa pun, aku ngan family, dah buat the best for Achik....
Saturday, June 7, 2008
Bila Kawan Kawan ku Kahwin.....
Namanzee a.k.a Manzek & wifenyer Wani
Suap menyuap..
kat wedding Gigie & Cik Mie