Monday, June 23, 2008

Alergik?? Kenapa aku Alergik??

Rasanya dah hampir lebih kurang 6 tahun aku tak boleh makan ayam, tak boleh makan seafood, telur.. ishhkk seafood & ayam tu merupakan makanan feveret aku sepanjang zaman... tapi tuhan dah tarik nikmat tu.. sebab kalau aku makan, berlaku ransangan tak diingini pada kulit aku, lalu aku secara rasminya Alergik pada makanan yang satu ketika dulu adalah menu utama aku.. Tapi apa itu Alergik??
PERKATAAN alergi ni sebenarnya berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik macam aku ni.. Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu... macam telur yang ada protein dan sebagainye lah

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik (kalau jadi kat aku, akan naik rashes beserta nanah yang menyerupai pimples)... haa part ni kena baca banyak kali sikit sebab susah sikit nak faham..

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.
Makanan yang menyebabkan alahan??
1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan atau kacang
8) Ikan
9) Seafood
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.
11) Ayam - kandungan kimia yang disuntik pada ayam

Sunday, June 22, 2008

Kehilangan..

Pagi Khamis lepas, 19hb June, kucing kesayangan aku "Achik" kena langgar.. habis tulang kaki kiri belakang dia terkeluar.. Ya Allah.. sedih betul aku tgk dia tahan sakit.. terus parents aku bawak pi Vets, Dr Prem Anand kat Brickfields....

Hari Jumaat petang, aku pi tgk dia.. nampak stabil, Dr masukkan drip, and Sabtu, 21hb.. Dr nak remove kaki kiri dia & masukkan besi kat kaki kanan... tapi chances?? 50-50.. Tapi hati aku macam confident yang Achik akan okay..

Lagi dugaan.. pagi tadi, Ahad 22 June.. Dr call.. Achik mati pukul 7 pagi tadi.. Aduhhh.. sedihnya aku.. Terus aku pegi amik Achik, bawak balik rumah dan tanam dia... Lepas ni, aku rasa macam tak nak dah bela kucing.... sedih dia macam aku kehilangan manusia..

Apa-apa pun, aku ngan family, dah buat the best for Achik....

Saturday, June 7, 2008

Bila Kawan Kawan ku Kahwin.....


Sorang sorang kawan aku kawin... dari yang se"tomboy-tomboy" manusia.. sampailah se"romeo juliet" manusia.. aku doakan dorang bahagia sampai tua laa hendak nyaa.. jangan jadi macam setengah orang.. ada yang kawin punya lah meriah dan besar-besaran bagai nak rak, tapi.. sebulan dua dah habis porak peranda.... (ada jugak sorang dua kawan aku yang gitu).. Ada jugak yang bercinta 6, 7 tahun.. tapi, kawin setahun dua dah jemu.. kenapa ek?? bercinta lelamer tak bohsan tak.. tapi bila dah di ijabkabul.. jadik lain lak.. ramai gak kekawan aku yang share dorang nyer life after kawin ni.. biasa laa gaduh-gaduh tu kan.. cuma pada aku yang penting sabar, sabar dan sabar.. (walaupun aku tak kawin lagik hak hak hak).. ada jugak yang dah kawin tapi scandal sana sini.. tak malu ke bila orang mengata?? bila nak bercerita tentang kawin ni, banyak benda yang aku leh listkan.. tapi.. tak pe lahhhh... konflik dalaman yang tak perlu di war warkan... apa-apa pun aku happy bila kawan-kawan aku happy.. kepada kawan kelas dan juga kawan kesetempat kerja aku Manzek, producer kesayangan Gigie & kawan secubicle yang ter"cool" Shazwin.. Selamat Pengantin Baru!!!!!!!!!



Namanzee a.k.a Manzek & wifenyer Wani

Suap menyuap..


kat wedding Gigie & Cik Mie









Thursday, June 5, 2008

Jangan Lupa Lirik! Sabtu & Ahad Jam 9 Malam, Astro RIA

Apa boleh buat...?? Selagi belum tutup mata... Kerja.. Kerja.. Kerja..!

Satu lagi tugas selesai.. Jangan Lupa Lirik buat hidup aku agak miserable.. malas nak citer lebih.. Apa pun, show ni antara show yang aku paling suka & sayang! semuanya best! walaupun tidur aku hanya 3, 4 jam.. tapi.. aku gumbira dan tersangat gumbira..!! Kenapa aku gumbira??? banyak sebab... dan tak perlu dinyatakan kat sini.. Jangan Lupa Lirik akan di siarkan pada setiap Sabtu & Ahad jam 9 Malam di Astro RIA saluran 104..

Hari PC ni 15hb May 2008, bersamaan Khamis. Memang kepala tengah berputar & jantung berdetap kencang sebab kita orang masih dalam proses recording. Jadik, stop sehari pun sebabkan PC ni je haa. A'in ngan Sazi pun time ni tengah sibuk prep untuk Bolos gak.. ye lah, PC ni untuk Show-Show terbaru di Astro ; Jangan Lupa Lirik, Bolos, Fikirlah Sendiri Nabil & AC Disini

Hari Pertama aku memBLOGkan diri

Terus terang.. aku memang jahil dalam dunia BLOGGER ni.. walaupun aku degree in science computer asalnya dulu, tapi tu dah beberapa tahun yang lalu, time tu, Tak Ader Pun BLOG yang wujud. Tapi memandangkan aku ni pernah jadi penjenayah cyber ala-ala citer THE NET tu.. jadi aku rasa macam boleh je.. Walaupun.. Tapi tu lah.. tah kenapa, aku terasa macam nak try. Macam best je. Macam diari (walaupun aku memang tak suka nak tulih tulih diari.. semuanya sebab diari pertama aku waktu sekolah dulu di baca oleh Madam).. Thanx to kekawan yang encourage aku untuk merajinkan diri untuk memBLOGkan diri!!! Salaammm..