Wednesday, January 21, 2009

skipping!


Entry ke-2 untuk hari ni..

Sejuk je rasa nak swimming lately nih.. maka aku buat xtvt yang dah lama tak buat.. tapi still aktiviti cardiovascular laa..
Dulu waktu time blajar dulu, dalam keta mesti standby skipping rope.. sebab setiap kali lepas makan, lebih kurang sejam lepas makan, mesti aku akan berskipping sampai 50-100x.. giler lah kan.. dulu obses nak kurus.. tapi tuh la.. skipping ni sebenarnya memang sangat sangat bagus untuk badan.. dan sangat menjimatkan masa, duit, dan tak perlu nak drive pi memana pun, kat umah pun boleh!! Banyak faedahnya, antaranya, dia tone kan bahagian atas badan dan bawah badan juga, kurangkan selulit, kempiskan perut, pecahkan lemak dan perkara sewaktu dengan masalah gemuk dan menguatkan jantung!! Mmm Cubalah!!!

Lazatnya..

Asalnya, dari pokok sebelah nih.. setelah melalui beberapa proses, dia akan menjadi sejenis makanan yang... wallllaa!!! Teksturnya, mm lembik sikit sekali sekala keras.. rasanya?? sangat sangat lazat!
Goreng biasa letak kunyit dengan garam pun sedap, atau goreng ala-ala johorian style pun best cicah ngan cili kicap, atau goreng dan sira dengan cili pun best, atau macam orang minang wat masak lemak yang kaler kuning tuh pun sedap gak.. bak kata, buat la apa pun, kalau "dia" melalui tekak aku, semuanya lazat belaka..
Tempeh ni favourite sejak azali.. sampai sekarang leh kata everyday dalam menu mesti ada tempeh.. (nasib kat cafe opis ada jual tempeh, hari-hari aku ratah)Tapi, aku ingat lagi waktu zaman sekolah rendah, ader la kekawan aku cakap sapa makan tempeh nanti mata rabun... ishhkk apa la releven tempe dengan kerabunan mata.. mmm aku pun tak tahu kenapa la dorang cakap gitew.. mm lagik pun tuh pikiran bebudak la kan.. agaknya dia tgk datuk dia ke, nenek dia ke makan tempeh selalu pastu kebetulan pulak nenek dgn datok dorang dah tak nampak lagik kan?? mmm agaknyer la...

Seperti biasa, aku memang sejak dari dulu, sangat suka research meresearch nih.. maka Tempeh ni pun dah lama aku tahu dan sedia maklum akan khasiat yang ada pada "dia" nih.. Sebenarnya Tempeh ni asalnya dari kacang soya.. kalau nak buat tempe sendiri pun boleh, lagi la dijamin tahap kebersihannya tuu.. caranya?? hmmm kalau aku yang buat mau 3 hari 3 malam bersengkang mata... Memula kena la rendam dulu soya bean tu lebih kurang 4 jam or semalaman.. pastu kena rebus pulak.. lepas tu buang kulit, pastu rendam, cuci dan rebus lagi sekali.. dah tu kena letak ragi pulak, dah tu, kena bungkus dengan daun pisang rapat2, pastu peram la macam kita wat tapai.. lebih kurang 24jam.. lepas tuh?? sedia di "nyum nyum"

Tempeh nih memang banyak kebaikannya untuk kesihatan.. nih aku listkan..:

1. Tempeh ni tinggi Fiber
2. Senang di "digest" dan increasekan penyerapan zinc, iron dan calcium
3. Sangat sesuai untuk orang yang "low sodium diet"
4. Mengandungi antibiotic semulajadi (akibat proses pemeraman tadi tuh)
5. Sangat sesuai untuk pesakit diabetes
6. Sangat kaya dengan protein!
7. Mengandungi Vitamin B
8. Sangat bagus untuk lelaki, elakkan kanser prostat!
Bak kata, Tempeh ni, menurut kajian aku sendiri dan eksperimen ke atas diri sendiri, sangat sesuai dikala sedang berdiet.. sebab makan benda alah ni je dah mengenyangkan perut! Tapi, apa-apa benda yang kita makan pun semua kena la bersederhana, sebab dalam kebaikan ada gak sedikit keburukannya.. Kalau orang yang ada batu karang dan masalah buah pinggang, memang la kena elakkan makan makanan berasaskan Soya Bean, macam tempeh ni..
Renung-renungkan & selamat beramalllll...!!

Tuesday, January 6, 2009

Braces untuk CHANTEK!!

Braces??
Hmm cam comel je pakai braces, selain melurus dan mencantekkan gigi, braces ni dijadikan sebagai alat untuk mencantekkan "jaw" dan meng"cute" kan bahagian mulut supaya nampak kecil.. automatically, bentuk muka kita berubah dengan penggunaan braces (kalau terlalu lama la)
Braces ada macam-macam jenis, ada metal, ada ceramic, invisible, invisalign untuk alignment, dan macam macam lagi la.. ikut pada kesukaan masing-masing la dan ikut budget jugak, but to me, biar mahal sikit tak apa asal berkualiti & berbaloi!!

Masalah nak pakai braces tu, bukan la gerun sangat ke apa, cuma, takut nyer bila nak cabut gigi je.. bukan apa, takut sakit.. Cost pakai braces kalau kat dentist aku, antara RM5K-RM10K, ikut jenis... mmmm agak mahal, tapi, ada 1 dentist somewhere Kajang Prima (yang di recommend oleh Haiza) memang murah..!! rate antara RM4K - RM7K.. Hmm tengok lah macam mana.. mental & fizikal kena bersedia nih..

Nih ada lagi Pics, Before & After Braces.. Gigi jongang leh di luruskan, yang tak rata leh diratakan.. jangka masa pemakaian braces?? antara 1 tahun ke 2 tahun, tengok pada masalah individu. Sakit?? Entah la, ada yang cakap tak sakit, cuma tak selesa sampai tak lalu makan sampai 2, 3 minggu.. Sakit sikit waktu cabut gigi je la.. Tuh pun, tak semua yang kena cabut gigi, macam gigi yang berlapis, memang lah kena cabut, sebab nak kasik ruang untuk gigi bergerak dan susun semula.. Brapa batang kena cabut pun, depends on individu, macam aku, 2 batang je la atau 4 kot?? aku pun dah lupa dah, X Ray gigi aku tu..

Tapi, kalau aku pakai braces, aku pilih clear ceramic lah.. sebab aku tak suka la pulak gigi aku nampak colorful dengan braces nih.. biar yang clear dan yang ceramic.. bersih sikit nampak.. Yang metal pun, nampak serabut sangat... Hmmm see how lah, tengok tahap keberanian aku esok berdepan dengan dentist!! Al Maklum lah, kekadang, bila datang berani luarbiasa, aku redah dan belasah je..
Okay.. buat sesiapa yang ada niat nak pakai braces tuh, all the best & tetapkan hati, kuatkan mental, kuatkan semangat.. renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Thursday, January 1, 2009

SEPI

Sepi hati terjadi lagi*Mungkin sampai mati aku sepi*Biar senyum hadir di hariku*Namun ini hanya ada di bibir*Di bibir saja*Aku ini yang bisa mengerti*Walaupun yang lain mau mengerti*Namun berat beban di hidupku*Biarkan saja biar saja*Hanya ku yang tahu*Sejarah cinta dan hidupku*Penuh duri dan banyak ranjau*Butuh kesabaran yang penuh* Untuk tetap kuberdiri*Oh! ada saatnya kubicara*Bila hatiku t'lah bulat*Sepanjang ku bisa atasi semua*Aku tetap diam