Friday, January 8, 2010

Dentophobia

Dentophobia, atau bahasa pasarnya.. perasaan gerun bila nak jumpa dentist.. Pheww.. aku rasa, semua orang ada perasaan tu.. termasuk aku.. Tapi aku dah decide nak juga get over my biggest fear ni dan akhirnya, 80% of my worry dah terubat.. :)

Have you guys ever heard about "nitrous oxide"?

Mungkin ada yang pernah dengar dan pernah gunakan bantuan nitrous oxide ni ketika buat rawatan gigi..

Okay, Nitrous Oxide atau laughing gas ni adalah salah satu gas untuk bagi kita relaks, calm dan buatkan kita seakan di awang awangan bila dentist kita sedang buat rawatan.. rupa bentuknya adalah seperti photo tepi ni.. jadi katakan lah kita tengah gerun kaw kaw to the max, so better request doctor untuk bagi kita inhale gas ni untuk beberapa minit... Hasilnya? perasaan gerun, takut, nervoues, or whatsoever feelings yang ada tu akan slowly pergi.. dan digantikan dengan satu perasaan lain hasil dari Nitrous Oxide tadi tu..

Ada pelbagai reaksi dan tindak balas bila kita guna gas ni... lain orang, lain la reaksinya.. antara nya :

1) rasa geli geli di bahagian tangan dan kaki
2) rasa macam ada vibration (parasthesia)
3) rasa suam suam badan..
4) rasa terapung, badan rasa ringan
5) ada yang pendengaran akan hilang atau bunyi suara doktor jadi macam bunyi robot
6) ada yang rasa gelihati dan gembira..
7) Kita seolah-olah "disconnected" dengan apa yang berlaku (macam, kita tak ambik port apa yang sedang diperlakukan kat gigi kita)

Tapi if tibe tiba macam ada pening, tandanya dah oversedated dah tu! dan fyi, gas ni bukan untuk numb kan bahagian tertentu gusi... untuk numb, injection lah jawabnya..

And as for the outcome, I managed to get over my fear!!


No comments: