Wednesday, August 20, 2008

MSG

MSG?? Monosodium Glutamate!! Makcik sbelah umah, makcik depan umah, makcik blakang umah pun kalau masak mesti letak MSG.. nak sedap katanya... ala.. iyer ke sedap makanan tuu dengan MSG?? mungkin jugak la.. tapi MSG boleh buat kita addicted kat food tu!!!! rasa sedap & rasa macam nak makan lagiiiii jer.. sama jugak macam tomato paste yang kita guna dalam kuah pasta!! mmm patot laaa.. Tapi MSG ni lebih banyak keburukannya dari kebaikan.. antaranyerrr..
a. penyakit otak!! - kanser dan lain-lain penyakit
b. stroke
c. tekanan darah tinggi
d. obesiti
e. asma
f. alergik
tapi sebenarnya banyak lagi penyakit yang disebabkan MSG a.k.a ajinomoto ni. Awas jugak laa sebab banyak jugak product yang guna nama lain untuk mengaburi mata kita.. biasanya dorang akan letak nama hydrolyzed plant protein, yeast extract, sodium caseinate, malt extract, bouillon broth and protein concentrate.. Apa apa pun, MSG xelok untuk badan kita.. aku kalau masak, aku elakkan guna MSG, tapi aku alter laa letak gula merah...

Wednesday, August 6, 2008

Petikan Berita Ringkas

5 Ogos, Kuala Lumpur - Seorang wanita nyaris semput apabila mendapat kiriman sms dari seorang sahabatnya yang cuba mengaturkan penjodohannya dengan seorang lagi sahabat kepada sahabatnya itu dengan alasan, inginkan wanita itu mendapat seorang teman yang baik??? dan dijaga dengan baik??
berita disambung seketika nanti......

Friday, August 1, 2008

Demi gaya...

Orang kata, banyak berjalan luas pengalaman.. tapi kes aku, banyak berjalan, kaki ku kaku.. kaki ku lengoh, kaki ku sakit.. kalau dihitung, andaian aku, hari ni aku berjalan adalaa sejauh 1 km.. kotttt??? walaupun bunyi macam tak jauh, tapi kalau berjalan itu menggunakan kasut yang bertumit kira-kira 3' atau 4', maka perjalanan yang walau sekangkang kera pun akan menjadi jauh beribu batu.. tu lah padahnya bila nak bergaya semata!
Betul laa kata doktor Anand, kasut tumit tinggi ni memang tidak baik untuk kesihatan pinggang, akibat dari situasi di atas, pinggang aku lengoh.. satu situasi yang amat jarang aku lalui. kata doktor Anand ku lagi, kasut bertumit tinggi ni, akan bagi kesan kat lutut kita, buku lali kita, dan jugak tumit kita serta merta.. seriousssss sebab aku sedang mengalaminya.. tapi untuk jangka masa yang panjang, kasut bertumit, tak kira la wedges ke, heels halus tu ke.. kesan buruk yg kita akan alami adalah osteoarthritis kat lutut, jari kaki jadi tak cantik, keras dan bengkok2 a.k.a hammertoe, tulang dan joint kat ibu jari kaki jadik kembang dan buruk atau kita panggil bunion, corn dan calluses pun terjadi dari kasut tinggi gak.. Tapi tak elok jugak kalau kasut tu terlalu flat, seelok2nya, biar bertumit lebih kurang 1 inci.. atau stengah inci..
Nampak gaya, hasrat aku untuk tampil tinggi seharian tak mungkin dapat aku teruskan & semua high heels akan aku simpan untuk acara tertentu aje......